Terokai pilihan pembiayaan yang disesuaikan untuk pemohon baharu memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan PUNB. Ketahui tentang kelayakan, syarat permohonan dan bagaimana PUNB menyokong usahawan dalam mencapai matlamat mereka.
Pakej pembiayaan bersepadu ditawarkan merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan dan pembangunan perniagaan melalui kursus serta latihan keusahawanan.
Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)
SPEED (Small PROSPER Express Evaluation & Disbursement) merupakan pakej pembiayaan berskala kecil dengan proses penilaian dan pengeluaran dana pembiayaan yang dipermudahkan.
Pembiayaan berjangka dari RM100 ribu sehingga RM200 ribu
Pakej pembiayaan untuk pemohon baharu bagi membiayai modal kerja untuk kontrak yang diterima daripada organisasi/syarikat/agensi yang bereputasi seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Syarikat Multinasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Badan Berkanun.
Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM5 juta
Pakej pembiayaan patuh syariah yang direka bagi membiayai modal pusingan untuk kontrak yang diterima daripada pihak Kerajaan Persekutuan melalui sistem e-Perolehan.
Pembiayaan daripada RM100 ribu sehingga RM5 juta (tertakluk kepada nilai kontrak)
Sehingga 90% daripada nilai kontrak / kerja (Surat Setuju Terima - SST)
Lubrex Booster Program merupakan program kerjasama PUNB dengan Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd (PDMSB) untuk mengembangkan perniagaan pengedar minyak Lubrex yang bernaung di bawah PDMSB. Melalui program ini PUNB akan menawarkan pembiayaan kepada usahawan yang telah dilantik oleh PDMSB sebagai pengedar minyak berjenama Lubrex. Pihak PDMSB pula menawarkan khidmat pemantauan imej korporat premis dan perniagaan, latihan dan khidmat nasihat keusahawanan.
Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM5 juta
PETRONAS Auto Expert merupakan kerjasama PUNB dengan PETRONAS Lubricant Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PETRONAS) dalam usaha untuk membantu usahawan lantikan PETRONAS mengembangkan perniagaan bengkel kereta di bawah jenama PETRONAS Auto Expert. Melalui program ini, PETRONAS akan menyediakan latihan, promosi, dana pembangunan dan peralatan perniagaan kepada usahawan.
Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM5 juta
Pakej pembiayaan perniagaan untuk alumni Program JumPER PUNB yang merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan dan pembangunan perniagaan.
Pembiayaan berjangka dari RM20 ribu sehingga RM100 ribu
Pakej pembiayaan bagi perniagaan menjual kenderaan bermotor dan motorsikal terpakai yang memiliki Surat Kelulusan Agihan Peruntukan (AP) Terbuka yang sah dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI).
Pembiayaan sehingga RM5 juta
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Pakej pembiayaan bagi memenuhi keperluan modal kerja untuk jualan/kontrak/projek perniagaan yang diperolehi daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan/atau anak syarikatnya.
Pembiayaan sehingga RM5 juta
Sehingga 5% setahun pada kadar asas baki harian
*Tertakluk kepada terma & syarat
Modal kerja maksimum sehingga 90% daripada setiap nilai kontrak/projek