Kategori: Malay

PUNB BizVengers telah mengadakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan kepada para usahawan dari Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) pada 13 Februari 2025 di Pejabat DPUM, Setapak.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan dan peluang kepada usahawan DPUM untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi bersama PUNB.
PUNB BizVengers telah mengadakan Taklimat Pembiayaan Perniagaan dan membuka kaunter informasi di Program Jelajah Usahawan & Karnival Usahawan Negeri Melaka DUN Pangkalan Batu pada 12 Februari 2025 di Japerun DUN Pangkalan Batu, Melaka.
Terima kasih kepada semua usahawan yang hadir dan bersama kami sepanjang di sana!
Gemilang bersama, terus kita melakar kejayaan dan memacu pembangunan ekonomi negara.
PUNB BizVengers telah menyertai Pernas International Franchise Festival (PIFF) 2025  bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre dari 7 hingga 9 Februari 2025. Sepanjang pameran berlangsung, mereka telah berkongsi maklumat tentang pembiayaan, perkhidmatan dan inisiatif PUNB yang dapat membantu usahawan melangkah lebih jauh.
Gemilang bersama, terus kita melakar kejayaan dan memacu pembangunan ekonomi negara.
PUNB telah mengadakan lawatan ke Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) di Bandar Baru Bangi, Selangor pada hari ini sebagai langkah strategik dalam meninjau peluang yang boleh diterokai.
Delegasi PUNB diketuai oleh Encik Mohd Rapi Yashim, Ketua Unit Latihan & Pembangunan Usahawan serta para pegawai PUNB.
Lawatan ini bertujuan meninjau peluang kerjasama dalam meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di kalangan usahawan Bumiputera.
PUNB hadir di Sesi Libat Urus TNB Bersama Vendor Bumiputera Siri 2 pada 4 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, Bangsar. Dengan tema “Memangkin Kelestarian Ekosistem Bumiputera Dalam Era Peralihan Tenaga”, sesi ini fokus pada akses pembiayaan, tenaga kerja berkemahiran tinggi (TVET Learn to Work Program), Projek NETR, dan pembangunan vendor Bumiputera.
Wakil PUNB, Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan bersama para pegawai PUNB turut serta untuk berkongsi info pembiayaan perniagaan & peluang kolaborasi.
Terima kasih TNB atas inisiatif hebat ini!
Gemilang bersama, terus melakar kejayaan!
Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Februari 2025.

Delegasi DPUM diketuai YBhg. Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor, Presiden DPUM. Turut mewakili PUNB, Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Puan Norhazreen Abd Ghani, Ketua Unit Pemasaran & Pembangunan Usahawan; Encik Rafae Abd Rashid, Ketua Unit Pejabat Penyelaras Operasi Cawangan dan wakil Bahagian Perniagaan.
Kunjungan DPUM ini bertujuan mengenali PUNB dengan lebih dekat dan meneroka peluang kerjasama strategik untuk pembangunan usahawan Bumiputera.

Pembiayaan dan pelaburan adalah dua aspek penting dalam pengurusan kewangan, sama ada untuk individu mahupun perniagaan. Pembiayaan seringkali merujuk kepada proses mendapatkan dana dengan bayaran balik kepada pembiayaan dengan kadar keuntungan yang telah ditetapkan untuk memperoleh pulangan atau keuntungan pada masa hadapan. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan konsep asas, jenis-jenis, serta strategi pembiayaan dan pelaburan yang relevan.

Kesimpulan

Pembiayaan dan pelaburan adalah alat penting untuk mencapai kestabilan kewangan dan pertumbuhan. Dengan pengetahuan yang betul dan perancangan yang teliti, individu dan perniagaan dapat mengoptimumkan sumber kewangan mereka untuk mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Sentiasa rujuk kepada pakar kewangan atau penasihat pelaburan untuk membuat keputusan yang lebih baik.

 

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa, 21 Januari 2025.

Delegasi Perdasama diketuai Encik Mohd Azamanizam Baharon, Presiden Perdasama Nasional, diiringi Ahli Jawatankuasa Perdasama Nasional, Perdasama cawangan Putrajaya dan Perak. Turut serta mewakili PUNB, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi; Encik Taha Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan, wakil Bahagian Perniagaan dan Unit Pemasaran.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang dan kerjasama strategik bagi memperkasa dan memajukan usahawan bumiputera di Malaysia.

Unit Projek Khas Automotif (SPAU) di bawah Jabatan Pembangunan Usahawan (EDD) telah mengadakan lawatan ke tiga premis Rakan Usahawan di sekitar Shah Alam, Selangor dan Ipoh, Perak pada bulan Januari 2025. Sesi lawatan ini bertujuan untuk membincangkan tentang program latihan teknikal EV, serta latihan gearbox dan sistem penyejuk kenderaan ringan yang akan diadakan pada tahun ini.

Delegasi PUNB yang hadir terdiri daripada Encik Taha Ibrahim, Ketua EDD; Encik Mohd Fauzi Hashim, Ketua SPAU, serta para pegawai PUNB.
Pejabat PUNB Wilayah Pantai Timur telah menerima kunjungan hormat daripada AKPK Kuala Terengganu yang diketuai oleh Encik Mohd Azizuddin Abdullah pada Khamis, 16 Januari 2025. PUNB yang diwakili oleh Encik Khairul Rizal Abdullah, Ketua Pejabat Wilayah Pantai Timur dan Puan Rohana Mahamad, telah berkongsi mengenai peranan PUNB dan berbincang tentang potensi kerjasama untuk menyokong usahawan dan bakal usahawan PUNB.

Pihak AKPK juga telah memberi penerangan tentang fungsi AKPK. Perbincangan ini diharapkan dapat membuka jalan untuk bekerjasama mengadakan program-program hebat yang bakal membantu komuniti keusahawanan terus maju.
Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?