Tidak
dinafikan jika kita taip carian “format rancangan perniagaan (RP)” di internet
pasti tidak akan berhenti jari anda ‘scroll’..’scroll’ dan ‘scroll’ untuk cari
cara buat RP yang terbaik.
Tapi
tahukah anda, umumnya format RP sebenarnya mempunyai struktur yang ‘standard’.
Jadi,
apa itu RP? RP adalah sebuah dokumen bertulis yang mempunyai maklumat atau
gambaran menyeluruh berkenaan sesebuah perniagaan ataupun projek yang hendak
dijalankan.
Biasanya,
RP akan digunakan ketika usahawan/perniagaan itu ingin memohon pembiayaan,
merancang mendapatkan dana, sebagai garis panduan ataupun untuk memohon sewaan
hartanah baik premis, tanah dan sebagainya.
Sebagai
sebuah agensi pemberi biaya untuk perniagaan, penyerahan RP merupakan antara
langkah terawal untuk memohon pembiayaan dengan PUNB. Jom tengok format RP
bagaimana yang akan mendapat ‘cop mohor’ kelulusan kaunter perkhidmatan
pelanggan kami.
Pendahuluan &
Pengenalan Projek
Ada
juga yang guna istilah Ringkasan Eksekutif. Kedua-duanya membawa maksud yang
sama.
Bahagian
ini perlu memuatkan tentang keterangan umum syarikat dan perniagaan yang sedang
diceburi (pembiayaan PUNB hanya untuk
perniagaan yang telah beroperasi 18 bulan dan ke atas sahaja), tujuan RP disediakan, keperluan permohonan, ringkasan
prestasi kewangan, produk & perkhidmatan ditawarkan.
Harus
diingat, ia mestilah ringkas, padat dan menarik perhatian. Yang penting, jangan
terlalu panjang.
Profil/Latar Belakang
Tiada makna RP tanpa pengenalan tentang pemilik dan syarikat/perniagaan yang diusahakan. Keterangan pengenalan RP harus ringkas dan padat. Jangan lupa untuk senaraikan nama dan latar belakang setiap pemegang saham/pengarah syarikat/rakan kongsi (jika ada) – kelebihan dan pengalaman mereka dalam industri/bidang perniagaan diceburi. Kalau anda nak tahu, profil pemilik/rakan kongsi juga boleh menjadi ‘point’ tambahan dalam meyakinkan pemberi biaya untuk meluluskan permohonan.
Maklumat-maklumat
ini kebanyakan boleh diperolehi daripada Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan
(SSM). Maklumat ini juga digunakan untuk menyemak syarat kelayakan pemohon dan
CCRIS/Insolvency (ketakmampuan bayar).
Lampirkan
juga:
Struktur
organisasi, bilangan pekerja & huraian tugas dan jadual penggajian sebagai
rujukan kepada pemberi biaya tentang cara pengurusan sumber manusia di syarikat
anda.
Aspek Perkhidmatan
& Operasi
Ini
merupakan bahagian yang amat penting dalam RP anda.
Disinilah
anda perlu meyakinkan pemberi biaya RP tentang produk/perkhidmatan yang
ditawarkan dengan lebih terperinci dan mengapa mereka perlu meluluskan permohonan
pembiayaan anda.
Lampirkan
carta aliran proses kerja seperti langkah-langkah utama pengeluaran produk,
kapasiti pengeluaran beserta huraian tentang produk yang dikeluarkan. Jika
perkhidmatan, terangkan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada pelanggan. Perlu
diingat, perincian harus dititik beratkan dalam huraian. Jangan lupa nyatakan juga
kelebihan dan keunikan produk/perkhidmatan anda tawarkan yang dapat menarik
minat pelanggan.
Senaraikan
juga perkara berikut:
- Peralatan/aset sedia ada
- Stok/bahan mentah sedia ada
- Tambahan peralatan atau stok barangan
diperlukan
- Waktu operasi perniagaan/syarikat
Sertakan lesen/sijil/dokumen
berkaitan dan rancangan untuk perkembangan perniagaan, ini boleh menguatkan
lagi RP anda disamping memberi jaminan dan keyakinan kepada pemberi biaya
terhadap anda dan perniagaan.
Aspek
Pemasaran
Kaedah pemasaran produk/perkhidmatan
memainkan peranan yang penting dalam perniagaan dan ini juga merupakan ‘pelaris’
RP jika strategi pemasaran anda dapat menarik perhatian pemberi biaya.
Antara ‘key-point’ yang perlu anda titik
beratkan adalah:
- Lokasi/Premis
–
Perniagaan ‘is all about
LOCATION! LOCATION! LOCATION!’. Nyatakan di mana dan kelebihan anda memilih
lokasi perniagaan tersebut.
- Saiz,
Trend & Kumpulan Sasaran –
Anda WAJIB tahu maklumat
mengenai saiz permintaan serta trend pembeli produk/perkhidmatan terutama jika
anda terlibat dalam bidang peruncitan. Maklumat ini boleh memberi gambaran
tentang kebolehpasaran perniagaan anda
- Ramalan
Jualan Bulanan sehingga 2 Tahun (kriteria
RP PUNB) –
Bukan sahaja di PUNB,
malah mana-mana institusi pemberi biaya lain turut memerlukan maklumat ini
sebagai petunjuk daya tahan dan kelangsungan sesebuah perniagaan. Ramalan ini termasuklah
ramalan jualan bulan pertama selepas pembiayaan diluluskan
Mana-mana perniagaan
perlu ada strategi pemasaran tersendiri. Anda harus memikirkan dari pelbagai
sudut seperti kos & harga, kaedah penjualan yang terkini, promosi dan
sebagainya. Strategi ini harus berpadanan dengan matlamat penghasilan sesebuah
produk atau perkhidmatan.
Ya! Pesaing! Anda kena
tahu siapa pesaing anda. Bukan untuk buat musuh tetapi sebagai ‘one step ahead
technique’ agar produk/perkhidmatan anda lebih mendapat perhatian. Tidak perlu
senaraikan spesifik nama/entiti, cuma analisa persaingan seperti bilangan
pesaing, apa yang ditawarkan, syer pasaran dan sebagainya. Maklumat ini memberi
petunjuk kepada PUNB bahawa anda seorang usahawan yang peka dengan keadaan sekeliling
dan pasaran semasa.
Aspek
Kewangan
RP harus ada perincian prestasi
kewangan syarikat/perniagaan yang terkini. Bahagian ini memainkan peranan
penting bagi PUNB untuk mengenal pasti status serta kemampanan sesebuah perniagaan
sebelum melayakkannya menerima pembiayaan.
Selain daripada akaun penyata untung
rugi perniagaan, usahawan juga perlu lampirkan unjuran aliran tunai (bulanan)
selama 2 tahun. Ini adalah antara perkara wajib yang akan dinilai oleh PUNB.
Satu tip untuk unjuran aliran tunai ini, ia haruslah menunjukkan satu angka
positif yang menunjukkan perniagaan tersebut bakal membawa keuntungan.
Memandangkan anda memohon pembiayaan
dengan PUNB, aliran unjuran anda perlu memberi suatu indikasi dengan adanya
sokongan kewangan ini akan menjadikan perniagaan bertambah lancar dan terus
berkembang.
Jangan lupa masukkan juga
sumber-sumber rujukan lain seperti gambar, senarai rujukan untuk semakan serta
lampiran berkaitan.
Jika anda masih ragu-ragu atau ingin
dapatkan maklumat lanjut tentang rancangan perniagaan, jom sertai Bengkel
Rancangan Perniagaan PUNB. Tidak rugi mencari ilmu. Setidak-tidaknya anda tidak
perlu pecah kepala mana nak mula dan tidak buang banyak masa!