usahawan

Sekitar aktiviti delegasi Rakan Usahawan Automotif PUNB di Shanghai, China pada hari Jumaat, 1 Disember 2023. Aktiviti dimulakan dengan perjalanan ke Jiading untuk melawat Kariban Automobile Parts Manufacture iaitu syarikat pengeluar alat ganti kenderaan pelbagai jenama.

Kemudian, aktiviti diteruskan dengan melawat kilang SAIC Volkswagen Shanghai yang merupakan usahasama di antara SAIC Motor dan Kumpulan Volkswagen. SAIC VW adalah pengeluar kenderaan jenama Volkswagen, Audi dan Skoda di China.

Aktiviti berakhir dengan melawat Shanghai Auto Museum yang menempatkan lebih daripada 100 kereta klasik, diwakili kira-kira 50 jenama dari China dan luar negara serta penerangan mengenai perkembangan industri automotif di China merentasi 100 tahun.

Aktiviti pada hari ini dapat memberi pendedahan kepada rakan usahawan automotif mengenai perkembangan industri dan teknologi pembuatan kenderaan serta alat ganti di China.

Majlis Perasmian PUNB Trade Fair Dubai 2023 berlangsung dengan meriahnya di Souk Al Marfa, Dubai Island, Dubai pada Jumaat, 1 Disember 2023.

Perasmian disempurnakan oleh Encik Fahmy Ansara Dahalan, Pengerusi Malaysian Business Council (MBC) United Arab Emirates dan Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB merangkap ketua misi PUNB Trade Fair Dubai 2023.

Pameran yang berlangsung bermula Jumaat, 1 Disember hingga 3 Disember ini membawakan 12 pempamer terdiri daripada Rakan Usahawan PUNB dan usahawan Bumiputera yang terkenal dengan jenama masing-masing.

Jenama yang terlibat dalam pameran ini ialah Kopiah Malaysia, Wirdora, Keef & Nish, Tamu Gold, Mimpikita, Kapten Batik, Dolsa, Mak Jenny, Yosh, Nims Chocotub, Milymaryam dan Mokti’s.

Warga Malaysia yang berada di Dubai, temui rakan-rakan pempamer PUNB Trade Fair Dubai 2023 di Souk Al Marfa! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk jenama terkenal Malaysia di Dubai.

#PUNBTakesDubai#PUNBTradeFairDubai2023#PUNBGoInternational#RakanUsahawanPUNB

Hak cipta adalah penting kerana beberapa sebab dan ia memainkan peranan penting dalam memupuk kreativiti, inovasi, dan kemajuan pengetahuan. Berikut ialah beberapa sebab utama mengapa hak cipta penting:


Walaupun hak cipta adalah penting untuk melindungi hak pencipta, ia juga penting untuk mengimbangi hak- hak ini dengan kepentingan awam. Banyak undang- undang hak cipta termasuk peruntukan untuk penggunaan adil atau urusan adil, yang membenarkan penggunaan terhad bahan berhak cipta tanpa kebenaran untuk tujuan seperti kritikan, ulasan, pelaporan berita, pengajaran, biasiswa, dan penyelidikan. Keseimbangan ini membantu memastikan bahawa hak cipta memenuhi kepentingan pencipta dan matlamat masyarakat yang lebih luas.

Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 12 #RakanUsahawanPUNB Pulau Pinang bersama Pegawai PUNB dari Pejabat Wilayah Utara di premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB, Debob Coffee, Bukit Mertajam pada Rabu, 22 November 2023.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea, dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

#SesiTehTarikRakanUsahawanPUNB#RakanUsahawanPUNB

Sekitar lawatan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Pejabat PUNB Cawangan Tawau dan ke premis #RakanUsahawanPUNB, Moo Chuu Borneo dan Signature Cafe pada Khamis, 2 November 2023.

Ketibaan Encik Izwan disambut Ketua Pejabat Cawangan, Encik Mohd Nor Mapeala dan warga kerja pejabat cawangan. Beliau diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini operasi pejabat cawangan dan Rakan Usahawan PUNB di sekitar Tawau.

Selepas itu, beliau dibawa melawat ke premis #RakanUsahawanPUNB, Moo Chu Borneo iaitu syarikat menjual selipar, pakaian dan kasut. Syarikat ini adalah pengedar tunggal jenama Moo Chu yang berasal dari Thailand.

Beliau turut melawat, syarikat Bumi Warisan (Signature Cafe) yang terkenal dengan kopi, pastri dan hidangan barat.

Sekitar lawatan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB di sekitar Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat, 3 November 2023.

#RakanUsahawanPUNB yang dilawati ialah Mrich Tyre Sdn Bhd, bengkel penyelenggaraan kenderaan dan tayar.

D’bundle Mania, kedai bundle terbesar di Sabah. Kompleks bundle ini meliputi bahagian menjual barangan terpakai, restoran, pusat permainan kanak-kanak dan kedai runcit. D’bundle Mania turut mempunyai beberapa cawangan di Sabah.

Premis ketiga yang dilawati ialah GH Auto iaitu bengkel penyelenggaraan kereta dan perkhidmatan cat.

Orang-orang KK dan sekitarnya yang mahu servis kereta, tayar dan beli belah sambil santai- santai, boleh berkunjung ke premis Rakan Usahawan PUNB ini.

Program JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) PUNB 2023 dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 2 November 2023.

Seramai 300 siswazah bumiputera terpilih untuk menyertai program latihan keusahawanan digital ini yang akan dilaksanakan selama tiga bulan, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Antara program yang dirancang ialah ‘boot camp’, program bina semangat, pembelajaran pemasaran digital dan sesi bimbingan serta pemantauan secara dalam talian.

Dalam tempoh latihan ini, peserta akan menerima elaun bulanan serta layak menerima Geran Dana Permulaan Perniagaan untuk peserta menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Selain itu, PUNB akan menjalankan pemantauan dan memberi khidmat nasihat bagi memastikan teknik pemasaran yang dipelajari dan dipraktikkan sepenuhnya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB. Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB.

Merancang strategi perniagaan Tahun Baru adalah cara terbaik untuk menetapkan sasaran untuk tahun yang akan datang dan meletakkan perniagaan anda pada satu tahap yang lebih baik. Berikut adalah beberapa langkah dan pertimbangan untuk membantu anda membangunkan strategi perniagaan Tahun Baru yang mantap, di antaranya:

• Imbas kejayaan pada tahun sebelumnya 
Semak prestasi perniagaan anda sepanjang tahun lalu. Kenal pasti apa yang berfungsi dengan baik, apa yang tidak, dan pelajaran yang dipelajari.  Analisis aspek utama operasi, prestasi kewangan, maklum balas pelanggan dan trend pasaran.

• Tetapkan matlamat dan objektif yang jelas 
Tentukan Specific, Measurable, Attainable, Applicable dan Time- bound (SMART) untuk tahun yang akan datang. Selaraskan matlamat anda dengan misi dan visi perniagaan anda secara keseluruhan. 

• Fahami trend pasaran
Ketahui tentang trend industri, perubahan dalam tingkah laku pengguna dan teknologi terkini. Pertimbangkan bagaimana faktor luaran mungkin memberi kesan kepada perniagaan anda dan sesuaikan strategi anda dengan sewajarnya. 

• Nilai dan sesuaikan produk/perkhidmatan anda 
Adakah terdapat peluang untuk penambahbaikan atau pengembangan? Pertimbangkan untuk memperkenalkan tawaran baru atau memperhalusi tawaran sedia ada berdasarkan maklum balas pelanggan dan permintaan pasaran. 

• Semak dan selaraskan strategi pemasaran anda 
Nilai keberkesanan strategi pemasaran semasa anda. Ketahui saluran apa yang berfungsi dengan baik dan di mana penambahbaikan boleh dibuat. Bangunkan pelan pemasaran yang merangkumi gabungan strategi dalam talian dan luar talian dengan mengambil kira platform media sosial, pemasaran kandungan, kempen e-mel dan pengiklanan tradisional. 

• Mengoptimumkan operasi
Selaraskan proses dalaman untuk meningkatkan kecekapan dan pengurangan kos. Labur dalam teknologi yang dapat meningkatkan produktiviti dan mengautomasikan tugasan berulang. 

 • Pembangunan dan penglibatan pekerja 
Menilai kemahiran dan keupayaan pasukan anda. Kenal pasti bidang latihan dan pembangunan profesional. Pupuk budaya tempat kerja yang positif untuk meningkatkan kepuasan pekerja.

• Rancang kewangan    
Buat belanjawan yang sejajar dengan matlamat perniagaan anda. Semak harga dan pertimbangkan pelarasan berdasarkan keadaan pasaran dan nilai yang anda berikan. 

• Tingkatkan pengalaman pelanggan 
Kumpulkan maklum balas daripada pelanggan dan gunakannya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Laksanakan strategi untuk membina kesetiaan dan kepuasan pelanggan.

• Pengurusan risiko 
Kenal pasti potensi risiko kepada perniagaan anda. Sentiasa maklumkan tentang perubahan undang- undang dan peraturan yang mungkin menjejaskan industri anda. 

• Integrasi teknologi 
Nilai bagaimana teknologi baru dapat memberi manfaat kepada perniagaan anda. Ini mungkin termasuk mengguna pakai perisian baru, menaik taraf infrastruktur atau menggabungkan inovasi dalam produk/perkhidmatan anda.  

• Kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) 
Pertimbangkan untuk mengintegrasikan amalan kelestarian dan inisiatif CSR ke dalam strategi perniagaan anda. Ini dapat meningkatkan imej jenama anda dan menarik minat pengguna.

• Semak strategi perniagaan
Luangkan masa untuk menyemak strategi perniagaan anda. Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang tidak menentu. 

• Pelan komunikasi 
Bangunkan pelan komunikasi untuk memastikan pihak berkepentingan dimaklumkan mengenai strategi, perubahan dan pencapaian perniagaan anda. 

Anda perlu tahu bahawa fleksibiliti adalah kunci dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang tidak menentu untuk berjaya. Sentiasa menilai semula strategi anda sepanjang tahun dan lakukan pelarasan mengikut keperluan.

JR SEJAGAT SOLUTION – Rakan Usahawan PUNB

Memang senang untuk memulakan perniagaan tapi bukan mudah untuk terus mengekalkanya. Namun, demi menerokai pengalaman baharu, Mohd Jaffar bin Robani sanggup mengambil risiko bagi memulakan perniagaan sendiri dengan menjual dodol, sagun dan kek tradisional lain di Merlimau, Melaka. Jom, ikuti temu bual bersama pemilik JR Sejagat Solution!

PUNB: Bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan dalam industri makanan dan minuman?

JR:     JR Sejagat Solution merupakan sebuah perniagaan yang telah beroperasi lebih dari lima tahun. Pada mulanya, kami menjalankan perniagaan ini adalah untuk menyediakan produk tradisional halal kepada masyarakat. Tetapi apabila dilihat, industri makanan dan minuman berperanan penting dalam mempengaruhi ekonomi negara, malah dikatakan salah satu industri yang ‘tidak akan mati’.

PUNB: Kongsikan perkhidmatan atau produk yang syarikat anda tawarkan/hasilkan?

JR:     Kami memulakan perniagaan dengan membuka kilang pemprosesan santan. Kemudian, ia berkembang menjadi syarikat pemasaran yang mengedarkan produk keluaran usahawan Industri Kecil dan Sedehana (IKS) seperti dodol, sagun dan kek tradisional lain.

Kini, produk utama kami ialah produk sejuk beku seperti produk keluaran Ramly, Azmy, Salim dan produk sejuk beku lain yang dihasilkan oleh Bumiputera. Di samping itu, kami juga menjual produk yang sihat seperti minyak kelapa dara dan madu.

 

PUNB: Siapakah pesaing utama anda dan bagaimana anda melihat persaingan perniagaan anda pada hari ini?

JR:     Persaingan dalam perniagaan sudah menjadi lumrah. Namun, saya sentiasa mementingkan persaingan yang sihat dan matang. Oleh itu, sudah pasti usahawan-usahawan di dalam bidang pengedaran produk makanan sejuk beku dan barangan keperluan asas merupakan pesaing utama kami.

Walaubagaimana pun, kami percaya para pelanggan kami akan sentiasa menyokong produk- produk Muslim keluaran JR Sejagat Solution kerana kami amat mementingkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan demi mewujudkan perniagaan yang kompetitif dan berdaya saing. Selain itu, persaingan ini tidak mematahkan semangat kami malah memotivasikan lagi diri untuk terus berusaha memajukan perniagaan.

PUNB: Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh perniagaan?

JR:     Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan COVID-19 di mana operasi kilang terpaksa ditutup dan jualan syarikat jatuh mendadak.

Walaubagaimanapun, berkat usaha gigih, kami kembali bangkit mengatur semula strategi dan pelan perniagaan bagi menyokong kelangsungan dan terus berdaya saing. Kami telah melakukan pelbagai usaha dengan memperbanyakkan promosi dalam talian. Usaha tersebut ternyata berkesan apabila ramai pelanggan yang membeli produk daripada JR Sejagat Solution sekali gus meningkatkan hasil jualan dan jumlah pelanggan baru.

PUNB: Apakah nasihat-nasihat anda kepada usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan yang sama?

JR:     Dalam bidang ini, anda tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata. Anda harus menjadi seorang yang proaktif sebelum mencuba perkara baharu. Selain itu, anda harus sentiasa sediakan rancangan sandaran dan sistem sokongan dari segala sudut perniagaan agar tidak terganggu dengan mana-mana halangan yang menimpa.

Memulakan sesebuah perniagaan merupakan langkah besar dalam hidup seseorang dan bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran dan risiko perniagaan. Terdapat pelbagai aspek yang harus dipertimbang sebelum membuat keputusan untuk memulakan perniagaan. Adakah anda benar-benar bersedia untuk mula berniaga? Jika ya, ini beberapa perkara penting anda perlu tahu!

Jadi bersediakah anda untuk mula berniaga?

Kami berharap artikel ini dapat memberi panduan dan inspirasi kepada anda yang berhasrat untuk memulakan perniagaan.

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?