Program Lawatan Perniagaan & Pencarian Sumber Pembekalan Produk dan Perkhidmatan di China (Yiwu, Guangzhou & Foshan) telah berlangsung pada 26 Oktober hingga 2 November 2025 di Yiwu, Foshan dan Guangzhou, China.

Program ini dikendalikan oleh MyWau (Mind Trade Sdn. Bhd.) dengan penyertaan seramai 36 peserta termasuk 5 orang staf PUNB, dan merupakan kerjasama kedua PUNB bersama MyWau serta lawatan ke-4 yang dianjurkan di bawah inisiatif ini.
Program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta dalam mengenal pasti serta mendapatkan produk dan pembekal pada harga yang lebih kompetitif secara langsung dari sumber di China.

Melalui penyertaan ini, peserta turut berpeluang memperoleh pengalaman praktikal dalam proses rundingan dan urusan perniagaan terus dengan pembekal. Selain itu, program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta untuk menganjurkan sendiri lawatan pencarian sumber pada masa hadapan.