PUNB telah mengadakan perbincangan bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada 4 Mac 2026 di Ibu Pejabat PAAB, Menara Felda, Platinum Park, KLCC. Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh peranan PUNB dalam menyokong dan meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera di dalam sektor perkhidmatan air, khususnya dalam segmen infrastruktur dan utiliti air.

PUNB telah diwakili oleh Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan; Encik Shah Helmi Razali, Ketua Perhubungan Perniagaan dan pegawai. Manakala pihak PAAB diwakili oleh Puan Junaidah Abdul Shukor, Ketua Jabatan Perbendaharaan dan Kewangan Korporat; Cik Norhidayah Adnan, Encik Ahmad Shahir Ismail dan Cik Puteri Balqis Roslan.
Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah jalinan strategik yang lebih utuh demi memperkasa ekosistem keusahawanan bumiputera dalam sektor perkhidmatan air.