Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 73 Rakan Usahawan PUNB serta usahawan Bumiputera sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bersama Pegawai PUNB dari Pejabat PUNB Wilayah Tengah Kuala Lumpur pada Selasa, 17 Disember 2024.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini dan perkongsian pengalaman oleh Rakan Usahawan PUNB, berbincang mengenai idea baharu serta trend terkini dalam perniagaan.
Taklimat ringkas mengenai pembiayaan dan program terkini PUNB turut diadakan sebagai pengenalan kepada usahawan Bumiputera yang hadir, serta mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB daripada Rakan Usahawan PUNB. Turut hadir dalam Sesi Teh Tarik kali ini Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, serta wakil-wakil Ketua Jabatan & Unit.
