Pengarang: mastura

Pilihan antara kerjaya yang selesa atau imbuhan yang tinggi adalah pertimbangan penting dalam merancang kerjaya seseorang. Berikut adalah beberapa pertimbangan yang dapat membantu anda dalam memilih yang terbaik.

Kesimpulan

Pilihan antara kerjaya yang selesa atau imbuhan yang tinggi selalunya merupakan keseimbangan antara keperluan kewangan, keseimbangan kehidupan dan kepuasan peribadi. Adalah penting untuk mempertimbangkan nilai dan keutamaan peribadi anda dan kesan jangka panjang bagi setiap pilihan. Kadangkala, menggabungkan elemen kedua-dua pilihan ini boleh menjadi penyelesaian terbaik untuk memenuhi keperluan anda.

Pejabat PUNB Wilayah Selatan dengan kerjasama Maxis telah mengadakan Sesi Teh Tarik Usahawan PUNB Wilayah Selatan R25 di Pejabat PUNB pada Khamis, 27 Jun 2024.

Pada program ini, Encik Azham Ardin Shah, Ketua Pejabat PUNB Wilayah Selatan menerangkan mengenai insentif padanan PUNB 2024, manakala Maxis memberi penerangan mengenai geran pendigitalan Madani Maxis.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman oleh Rakan Usahawan PUNB Johor dan sesi jaringan yang dihadiri lebih 30 usahawan Bumiputera.

Yes, businesses can certainly expand without relying on social media. While social media can be a powerful tool for marketing and connecting with customers, there are numerous other avenues for business growth:

Each business is unique, so the effectiveness of these methods will vary depending on your industry, target audience and location. It’s often beneficial to use a combination of strategies to maximize growth and reach your business goals.

PUNB dengan kerjasama Lembaga HASiL, TikTok, TikTok Shop, EasyStore dan CloudSpace (Google Malaysia) telah menganjurkan Program Retail Up! Roadshow Edisi Wilayah Utara pada 20 Jun 2024, Khamis di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Seramai 83 peserta telah menyertai sesi perkongsian ini bagi mengetahui tentang inisiatif e-invois nasional selain mendapatkan khidmat nasihat dalam sesi padanan perniagaan daripada penyedia perkhidmatan teknologi TikTok berkaitan perniagaan, kecerdasan buatan pintar (AI) serta Solusi POS menyeluruh dalam dan luar talian.

Turut hadir adalah Encik Amir Shazuan Adnan, Ketua Pejabat PUNB Wilayah Utara, Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan (ECDU) serta para pegawai PUNB.

#RetailUpRoadshow

#RakanUsahawanPUNB

Majlis Qurban dan Silaturrahim PUNB 2024 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Jabatan Pengalaman Pekerja (E.X) dan Unit Syariah yang diadakan di Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City Bangsar, pada Rabu, 19 Jun 2024, berlangsung meriah.

Lebih 250 warga kerja dari Ibu Pejabat dan Pejabat PUNB Wilayah Tengah telah hadir ke program ini.

Sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja bergotong royong melapah daging korban dan memasak hidangan untuk makan tengah hari.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan dan Encik Azman Abdullah; Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi PUNB yang juga Presiden KSK.

Pada program ini, YBhg Tan Sri Acryl turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Asrama Darul Falah.

Hubungan dalam perniagaan merujuk kepada jaringan interaksi dan kerjasama antara pelbagai pihak yang terlibat dalam aktiviti perniagaan. Ini termasuk pelanggan, pembekal, pekerja, pelabur, rakan kongsi, serta pihak berkepentingan lain seperti pihak kerajaan dan komuniti. Hubungan yang baik dalam perniagaan adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kepercayaan, memperkukuh reputasi syarikat dan memperbaiki kualiti perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.

Hubungan dalam perniagaan amat penting dan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Berikut adalah beberapa kepentingan utama hubungan dalam perniagaan:

Secara keseluruhannya, hubungan dalam perniagaan bukan sahaja membantu dalam pencapaian matlamat perniagaan tetapi juga dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni dan produktif.

Menguruskan inventori dengan bijak merupakan aspek penting dalam operasi perniagaan yang berjaya. Dengan pengurusan inventori yang efisien, perniagaan dapat mengurangkan pembaziran, meningkatkan kecekapan operasi dan memaksimumkan keuntungan. Berikut adalah langkah-langkah praktikal untuk membantu perniagaan menguruskan inventori dengan bijak.

Kesimpulannya

Menguruskan inventori dengan bijak adalah kunci kepada kejayaan dalam perniagaan. Dengan mengikuti langkah-langkah praktikal ini, perniagaan dapat meningkatkan kecekapan operasi dan mencapai keuntungan yang lebih besar. Oleh itu, berikan perhatian yang sewajarnya kepada pengurusan inventori dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB melawat ke premis Rakan Usahawan PUNB, Bateriku.com yang terletak di Shah Alam dan LonG Setia Auto di Kayu Ara, pada Khamis, 4 April 2024.

Program lawatan bermula di Bateriku.com yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan Tan Sri Acryl dibawa melawat ke Bateriku Paddock dan pusat panggilan. Beliau diberi penerangan mengenai operasi syarikat oleh Encik Azarol Faizi Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com.

Lawatan kedua diteruskan di LonG Setia Auto Sdn Bhd iaitu Perodua 3S Kayu Ara. Tan Sri Acryl diberi penerangan mengenai operasi di Perodua 3S, selain berbincang mengenai cabaran yang dihadapi syarikat Rakan Usahawan PUNB dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan usahawan terus berdaya saing dan berdaya tahan.

Ketibaan Tan Sri Acryl disambut Encik Abdul Muner Hanafiah, Pengarah Urusan LonG Setia Auto yang juga Presiden Persatuan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO). Lawatan ini turut disertai Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, Encik Taha Ibrahim, Ketua Unit Projek Khas Automotif (SPAU).

Program Kongsi Rezeki Ramadan PUNB 2024 Siri-2 telah diadakan di Pasar Raya Besar Mydin USJ, Subang Jaya pada Rabu, 3 April 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini melibatkan seramai 17 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir cawangan USJ. Mereka dibawa membeli belah baju raya dan keperluan harian lain dengan dibantu warga kerja daripada Unit Komunikasi Korporat (C.C.U) dan Unit Shariah.

Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi dan Encik Mohd Yusri Aziz, Ketua Unit Shariah.

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa USIM yang telah diadakan di Executive Lounge, Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Selasa, 26 Mac 2024.

PUNB yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Fauzi Zakaria telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Sumbangan tersebut disalurkan bagi tujuan Projek Tabung It’am Muhtajin (Agihan Makanan) dan Projek Ibnu Sina (Bantuan Perubatan).

Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat PUNB, Encik Ahmad Sabri Ismail; Timbalan-Timbalan Naib Canselor USIM, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Wakaf & Zakat USIM, delegasi PUNB serta kakitangan USIM.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?