Pengarang: mastura

Sesi Kupi Kupi telah diadakan antara 9 #RakanUsahawanPUNB Tawau bersama Pegawai PUNB dari Pejabat Cawangan Tawau di premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB, Signature Cafe pada Selasa, 21 November 2023.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea, dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 12 #RakanUsahawanPUNB Pulau Pinang bersama Pegawai PUNB dari Pejabat Wilayah Utara di premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB, Debob Coffee, Bukit Mertajam pada Rabu, 22 November 2023.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea, dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

#SesiTehTarikRakanUsahawanPUNB#RakanUsahawanPUNB

Sekitar majlis penutup Program JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) PUNB 2023 pada Jumaat, 10 November 2023.

Penceramah bebas PU Riz telah dijemput untuk memberikan sedikit perkongsian kepada para peserta. Di samping itu, majlis sambutan hari jadi peserta yang lahir di bulan November juga telah diadakan bagi memeriahkan majlis.

Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB. Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB, Puan Ann Mokhtar, Pengerusi JNJ Group dan Puan Fauziah Husain, Ketua Pegawai Eksekutif JNJ Group.

Kop Logistic & Distribution Sdn Bhd (KLDSB), syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia, mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB di Ibu Pejabat PUNB di Plaza Sentral, KL Sentral pada Isnin, 6 November 2023.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengetahui lebih dekat peranan dan fungsi PUNB serta mencari peluang kerjasama kedua belah pihak.

Kehadiran KLDSB disambut oleh YBhg Tan Sri Acryl Sani bersama-sama Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi dan Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi.

KLDSB diwakili YDH Komisioner Polis Dato Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM; Puan Zarul Zanariah Mohamed Zan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, KOP Mantap Berhad; Encik Ahmad Fazreen Kamarudin, Pengurus Besar Kop Logistik dan Puan Azie Ahmad Zainuddin, Projek Koordinator, Trade Marketing Unit Kop Logistik.

Sekitar lawatan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke Pejabat PUNB Cawangan Tawau dan ke premis #RakanUsahawanPUNB, Moo Chuu Borneo dan Signature Cafe pada Khamis, 2 November 2023.

Ketibaan Encik Izwan disambut Ketua Pejabat Cawangan, Encik Mohd Nor Mapeala dan warga kerja pejabat cawangan. Beliau diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini operasi pejabat cawangan dan Rakan Usahawan PUNB di sekitar Tawau.

Selepas itu, beliau dibawa melawat ke premis #RakanUsahawanPUNB, Moo Chu Borneo iaitu syarikat menjual selipar, pakaian dan kasut. Syarikat ini adalah pengedar tunggal jenama Moo Chu yang berasal dari Thailand.

Beliau turut melawat, syarikat Bumi Warisan (Signature Cafe) yang terkenal dengan kopi, pastri dan hidangan barat.

Sekitar lawatan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB di sekitar Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat, 3 November 2023.

#RakanUsahawanPUNB yang dilawati ialah Mrich Tyre Sdn Bhd, bengkel penyelenggaraan kenderaan dan tayar.

D’bundle Mania, kedai bundle terbesar di Sabah. Kompleks bundle ini meliputi bahagian menjual barangan terpakai, restoran, pusat permainan kanak-kanak dan kedai runcit. D’bundle Mania turut mempunyai beberapa cawangan di Sabah.

Premis ketiga yang dilawati ialah GH Auto iaitu bengkel penyelenggaraan kereta dan perkhidmatan cat.

Orang-orang KK dan sekitarnya yang mahu servis kereta, tayar dan beli belah sambil santai- santai, boleh berkunjung ke premis Rakan Usahawan PUNB ini.

Program JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) PUNB 2023 dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 2 November 2023.

Seramai 300 siswazah bumiputera terpilih untuk menyertai program latihan keusahawanan digital ini yang akan dilaksanakan selama tiga bulan, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Antara program yang dirancang ialah ‘boot camp’, program bina semangat, pembelajaran pemasaran digital dan sesi bimbingan serta pemantauan secara dalam talian.

Dalam tempoh latihan ini, peserta akan menerima elaun bulanan serta layak menerima Geran Dana Permulaan Perniagaan untuk peserta menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Selain itu, PUNB akan menjalankan pemantauan dan memberi khidmat nasihat bagi memastikan teknik pemasaran yang dipelajari dan dipraktikkan sepenuhnya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB. Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB.

Satu Program Menembak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields Kuala Lumpur telah diadakan di Lapang Sasar, Pasukan Gerakan Am, Briged Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu, 1 November 2023.

Program julung kali dianjurkan PUNB ini bertujuan meningkatkan kemahiran, daya saing, disiplin serta jati diri warga kerja yang terlibat. Selain itu, ini adalah sesi perkenalan antara PUNB dengan warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Hadir sama, YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB serta pengurusan dan warga kerja, manakala polis diwakili YBhg Dato’ Azry Akmar Dato Haji Ayob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Asisten Komisioner Polis, Amihizam Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields.

PUNB ECOMM Clinic 2023 bertemakan ‘Bersama Kita Berjaya’ telah dihadiri oleh 38 #RakanUsahawanPUNB dan Pegawai PUNB di Ibu Pejabat PUNB, Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2023.

Sesi ini menampilkan Puan Fatin Syamirra yang telah berkongsi strategi “Memahami Pengguna Masa Hadapan – Panduan kepada Tindakan!” dan Encik Qamarul Hassan, Pakar Pemasaran Produk Siti Khadijah yang turut berkongsi cadangan penyelesaian untuk “Mengatasi Cabaran Omnichannel”.

Hadir sama, Encik Khidzir Ahmad, Pemangku Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Antarabangsa.

Merancang strategi perniagaan Tahun Baru adalah cara terbaik untuk menetapkan sasaran untuk tahun yang akan datang dan meletakkan perniagaan anda pada satu tahap yang lebih baik. Berikut adalah beberapa langkah dan pertimbangan untuk membantu anda membangunkan strategi perniagaan Tahun Baru yang mantap, di antaranya:

• Imbas kejayaan pada tahun sebelumnya 
Semak prestasi perniagaan anda sepanjang tahun lalu. Kenal pasti apa yang berfungsi dengan baik, apa yang tidak, dan pelajaran yang dipelajari.  Analisis aspek utama operasi, prestasi kewangan, maklum balas pelanggan dan trend pasaran.

• Tetapkan matlamat dan objektif yang jelas 
Tentukan Specific, Measurable, Attainable, Applicable dan Time- bound (SMART) untuk tahun yang akan datang. Selaraskan matlamat anda dengan misi dan visi perniagaan anda secara keseluruhan. 

• Fahami trend pasaran
Ketahui tentang trend industri, perubahan dalam tingkah laku pengguna dan teknologi terkini. Pertimbangkan bagaimana faktor luaran mungkin memberi kesan kepada perniagaan anda dan sesuaikan strategi anda dengan sewajarnya. 

• Nilai dan sesuaikan produk/perkhidmatan anda 
Adakah terdapat peluang untuk penambahbaikan atau pengembangan? Pertimbangkan untuk memperkenalkan tawaran baru atau memperhalusi tawaran sedia ada berdasarkan maklum balas pelanggan dan permintaan pasaran. 

• Semak dan selaraskan strategi pemasaran anda 
Nilai keberkesanan strategi pemasaran semasa anda. Ketahui saluran apa yang berfungsi dengan baik dan di mana penambahbaikan boleh dibuat. Bangunkan pelan pemasaran yang merangkumi gabungan strategi dalam talian dan luar talian dengan mengambil kira platform media sosial, pemasaran kandungan, kempen e-mel dan pengiklanan tradisional. 

• Mengoptimumkan operasi
Selaraskan proses dalaman untuk meningkatkan kecekapan dan pengurangan kos. Labur dalam teknologi yang dapat meningkatkan produktiviti dan mengautomasikan tugasan berulang. 

 • Pembangunan dan penglibatan pekerja 
Menilai kemahiran dan keupayaan pasukan anda. Kenal pasti bidang latihan dan pembangunan profesional. Pupuk budaya tempat kerja yang positif untuk meningkatkan kepuasan pekerja.

• Rancang kewangan    
Buat belanjawan yang sejajar dengan matlamat perniagaan anda. Semak harga dan pertimbangkan pelarasan berdasarkan keadaan pasaran dan nilai yang anda berikan. 

• Tingkatkan pengalaman pelanggan 
Kumpulkan maklum balas daripada pelanggan dan gunakannya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Laksanakan strategi untuk membina kesetiaan dan kepuasan pelanggan.

• Pengurusan risiko 
Kenal pasti potensi risiko kepada perniagaan anda. Sentiasa maklumkan tentang perubahan undang- undang dan peraturan yang mungkin menjejaskan industri anda. 

• Integrasi teknologi 
Nilai bagaimana teknologi baru dapat memberi manfaat kepada perniagaan anda. Ini mungkin termasuk mengguna pakai perisian baru, menaik taraf infrastruktur atau menggabungkan inovasi dalam produk/perkhidmatan anda.  

• Kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) 
Pertimbangkan untuk mengintegrasikan amalan kelestarian dan inisiatif CSR ke dalam strategi perniagaan anda. Ini dapat meningkatkan imej jenama anda dan menarik minat pengguna.

• Semak strategi perniagaan
Luangkan masa untuk menyemak strategi perniagaan anda. Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang tidak menentu. 

• Pelan komunikasi 
Bangunkan pelan komunikasi untuk memastikan pihak berkepentingan dimaklumkan mengenai strategi, perubahan dan pencapaian perniagaan anda. 

Anda perlu tahu bahawa fleksibiliti adalah kunci dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang tidak menentu untuk berjaya. Sentiasa menilai semula strategi anda sepanjang tahun dan lakukan pelarasan mengikut keperluan.

Read Policy

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?