Pengarang: hazween

Kunjungan Hormat PUNB ke Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu Semikonduktor Malaysia telah diadakan pada 2 April 2026 bertempat di PFCC Puchong.

Objektif utama kunjungan ini adalah bagi memperkukuh pemahaman berhubung ekosistem industri semikonduktor di Malaysia khususnya melibatkan pembangunan reka bentuk litar bersepadu peranan pemain industri tempatan rantaian nilai semikonduktor bernilai tinggi serta peranan strategik Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dalam memacu pembangunan industri semikonduktor negara.

Perbincangan turut merangkumi inisiatif sokongan yang disediakan pembangunan dan pemerkasaan bakat tempatan pengukuhan syarikat PKS berasaskan teknologi semikonduktor serta potensi kerjasama strategik dengan agensi pembiayaan dan pembangunan usahawan seperti PUNB.

Selain itu sesi ini membincangkan perkembangan industri semikonduktor di peringkat domestik dan antarabangsa di samping isu-isu semasa berkaitan akses kepada pembiayaan komersialisasi teknologi daya saing global keperluan penyelarasan dasar dan ekosistem serta peluang penambahbaikan ekosistem semikonduktor secara menyeluruh.

Lawatan ini telah disambut oleh Encik Lee Wai Meng Pengurus Pembangunan Perniagaan Bahagian Semikonduktor dan Modal Teroka bersama pegawai-pegawai SIDEC.

Delegasi PUNB pula diketuai oleh Encik Khidzir Ahmad Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan dan diiringi oleh Cik Zulia Nathashia Mohamad Timbalan Pengurus Pasukan Pembangunan Produk bersama pegawai-pegawai PUNB.

Kunjungan Hormat PUNB ke Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diadakan pada 31 Mac 2026 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

Objektif utama kunjungan ini adalah bagi memperkukuh pemahaman berhubung ekosistem pengurusan Halal di Malaysia khususnya berkaitan dasar pelaksanaan pensijilan Halal serta peranan strategik JAKIM dalam pembangunan industri Halal negara.

Perbincangan turut merangkumi pelaksanaan Sistem Pensijilan Halal Malaysia dan penambahbaikan program latihan Halal advokasi Halal termasuk aspek pembiayaan patuh Syariah kepada industri serta potensi kerjasama strategik dengan agensi pembiayaan dan pembangunan usahawan seperti PUNB. Sesi ini juga membincangkan perkembangan industri Halal di peringkat domestik dan antarabangsa di samping isu-isu semasa berkaitan pematuhan piawaian Halal cabaran industri serta peluang penambahbaikan ekosistem Halal secara menyeluruh.

Lawatan ini telah disambut baik oleh Ustaz Muhyidin Aziz @ Saari Pengarah Pengurusan Halal dan diiringi oleh Ustaz Imran Abd Rahman Penolong Pengarah Kanan Seksyen Advokasi dan Hubungan Industri bersama pegawai-pegawai JAKIM.

Delegasi PUNB pula diketuai oleh Encik Khidzir Ahmad Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan dan diiringi oleh Encik Mohd Rapi Yashim Pengurus Unit Latihan dan Pembangunan Usahawan bersama pegawai-pegawai PUNB.

Dalam dunia perniagaan hari ini, konsep ESG (Environmental, Social, Governance) semakin mendapat perhatian kerana ia menjadi salah satu penanda aras penting dalam menilai tahap tanggungjawab dan kelestarian sesebuah syarikat. ESG bukan sahaja berkait dengan keuntungan, tetapi juga bagaimana perniagaan menjaga alam sekitar, mengambil berat tentang masyarakat, dan mengurus organisasi secara beretika. Namun begitu, masih terdapat perniagaan yang belum mengamalkan ESG secara menyeluruh. Perbezaan antara kedua-dua pendekatan ini boleh dilihat dengan jelas dari pelbagai aspek.

Berikut perbezaan antara perniagaan yang menerapkan ESG dan yang tidak dalam bentuk jadual:

Kesimpulannya, ESG bukan lagi sekadar pilihan tambahan dalam perniagaan, tetapi satu pendekatan penting untuk memastikan kelangsungan jangka panjang. Perniagaan yang mengamalkan ESG bukan sahaja lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat, tetapi juga lebih dipercayai serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan. Sebaliknya, perniagaan yang tidak mengambil kira ESG mungkin masih boleh berkembang, namun berisiko menghadapi masalah dari segi reputasi, pengurusan dan kelestarian dalam jangka panjang.

FORZA MNI VENTURE – Rakan Usahawan PUNB

Di Seremban, Negeri Sembilan, berdiri sebuah stesen minyak yang mungkin kelihatan biasa pada pandangan pertama. Namun di sebalik operasinya, Forza Mni Venture membawa satu pendekatan yang berbeza—menggabungkan perniagaan, tanggungjawab alam sekitar dan tadbir urus yang baik dalam setiap aspek harian.

Di sebalik kejayaan ini ialah Encik Muhammad Nur ‘Imran Bin Muhammad Nur ‘Azman, seorang usahawan yang membina minatnya dalam industri stesen minyak melalui pengalaman bekerja bersama ahli keluarga. Dari situ, beliau mula memahami selok-belok operasi dan menyedari satu perkara penting—perniagaan stesen minyak bukan sekadar menjual bahan api, tetapi satu keperluan harian yang sentiasa relevan.

Namun, bagi Encik Imran, peluang itu bukan hanya untuk menjana pendapatan. Beliau melihat ruang untuk menawarkan sesuatu yang lebih baik—dari segi perkhidmatan, kualiti, dan juga kelestarian.

“PUNB bukan sekadar memberi pembiayaan, tetapi menjadi pemudah cara kepada inovasi. Ia membuka peluang untuk kami mengamalkan standard yang lebih baik dan membina perniagaan yang lebih mampan.”

 

Kunjungan Hormat PUNB ke UMW Aerospace telah diadakan pada 17 Mac 2026 di UMW High-Value Manufacturing Park, Serendah.

Objektif utama sesi ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam sektor aeroangkasa di Malaysia khususnya dari perspektif pemain Tier 1 serta kedudukan UMW Aerospace dalam kelompok 5% teratas daripada lebih 700 pembekal global Rolls-Royce.

Perbincangan turut merangkumi kaedah pengurusan vendor dalam rantaian nilai termasuk vendor penyepadu sistem, penyedia perkhidmatan MRO (Maintenance, Repair and Overhaul), perkhidmatan teknikal serta sokongan operasi. Selain itu, fokus juga diberikan kepada cabaran semasa yang dihadapi oleh vendor serta pendekatan penyelesaian yang dilaksanakan.

Sesi ini turut membincangkan kriteria umum yang perlu dipatuhi oleh vendor, jangkaan perkembangan industri dalam tempoh jangka pendek dan panjang serta pengaruh faktor pasaran domestik dan antarabangsa di samping isu-isu semasa.

Lawatan ini telah disambut baik oleh Encik Azarudin Manaf, Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan, UMW Aerospace. Delegasi PUNB pula diketuai oleh Tuan Haji Fakhrurrazi Mansur, Ketua Pasukan Pembangunan Produk dan diiringi oleh Encik Khidzir Ahmad, Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan bersama pegawai-pegawai PUNB.

Kunjungan Hormat PUNB ke Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (BUMIPEDA) telah diadakan pada 16 Mac 2026 di Ibu Pejabat BUMIPEDA. Lawatan ini bertujuan memperkukuh potensi kerjasama strategik dalam memantapkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam sektor stesen minyak, selaras dengan objektif BUMIPEDA sebagai persatuan yang mewakili pengusaha stesen minyak Bumiputera di seluruh negara.

Perbincangan yang diadakan memberi tumpuan kepada penyelarasan fungsi, pemantapan program pembangunan serta pengoptimuman kapasiti kedua-dua organisasi bagi memastikan pelaksanaan intervensi sokongan keusahawanan dapat dilaksanakan secara lebih berfokus, sistematik dan selari dengan keutamaan ekonomi negara.

Selain itu, BUMIPEDA turut mengajak PUNB untuk bersama-sama memacu agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui penganjuran program latihan khusus, pelibatan dalam sesi libat urus strategik bersama kementerian dan agensi kerajaan serta usaha meneroka peluasan akses pembiayaan PUNB kepada pengusaha stesen minyak di bawah naungannya. Inisiatif ini turut kukuh dengan peranan Koperasi BUMIPEDA Berhad (KOBB) yang ditubuhkan untuk membantu pengusaha menangani peningkatan kos dan menyediakan mekanisme sokongan ekonomi yang lebih teratur dan mampan.

PUNB turut menyatakan komitmen untuk menilai penambahbaikan serta memperkukuh penawaran pembiayaan yang lebih bersasar dengan tujuan menyokong pertumbuhan, kelestarian dan daya saing perniagaan usahawan Bumiputera dalam ekosistem BUMIPEDA. Kerjasama strategik ini dijangka membentuk satu rangka sokongan pembangunan yang lebih komprehensif dengan penekanan terhadap inovasi, peningkatan kecekapan dan ketahanan perniagaan dalam jangka masa panjang.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Tuan Ir. Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Iktisas Engenieurs diiringi oleh YBhg. Datin Hanny Julia Haron, Setiausaha Kehormat BUMIPEDA serta YBhg. Datuk Hj. Zulkifli Mohd, Anggota Lembaga KOBB bersama pegawai-pegawai BUMIPEDA.

Delegasi PUNB pula diketuai oleh Encik Khidzir Ahmad, Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan diiringi oleh Encik Shah Helmi Razali, Timbalan Pengurus Pasukan Hubungan Perniagaan serta Encik Ahmad Faris Haziq Rashidi, Timbalan Pengurus Pejabat Penyelaras Operasi Cawangan Kuala Lumpur bersama pegawai-pegawai PUNB.

Pejabat PUNB Wilayah Sabah telah mengadakan perjumpaan bersama TM Technology Services Sdn Bhd (TM), anak syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 10 Mac 2026.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh En. Amirshah Bin Idris, Ketua, Unifi Business bersama rakan sekerja dari TM, serta En. Ashaari Salleh, Ketua Pejabat Wilayah Sabah dan rakan sekerja mewakili PUNB.

Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera melalui pemanfaatan teknologi digital.

Antara fokus utama perbincangan adalah penyelesaian digital untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing usahawan Sabah; platform teknologi pintar bagi memperluas capaian pasaran; serta peluang pembiayaan PUNB untuk pengembangan perniagaan usahawan Sabah.

Kolaborasi ini menandakan langkah penting dalam menyokong agenda pendigitalan usahawan Bumiputera khususnya di Sabah, selaras dengan aspirasi negara menuju ekonomi digital yang inklusif dan mampan.

Sesi perbincangan strategik antara PUNB dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) telah diadakan pada 10 Mac 2026 di Ibu Pejabat PUNB.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam penyelarasan dan pengukuhan inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera di negeri Selangor. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang penyepadanan fungsi serta pengoptimuman keupayaan kedua-dua agensi bagi memastikan intervensi pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih terarah, sistematik dan selaras dengan keutamaan ekonomi negeri.

Sesi ini turut menilai pencapaian RetailX Accelerator Programme 2025 yang telah dilaksanakan bersama. Berdasarkan prestasi positif program tersebut, SIDEC mencadangkan agar kerjasama berkenaan diteruskan bagi pelaksanaan edisi tahun semasa. Di samping itu, SIDEC turut menjemput PUNB untuk menyertai inisiatif CXO Multi Million Growth Club serta meneroka peluasan penawaran pembiayaan PUNB kepada pemain Bumiputera dalam sektor digital di bawah naungan SIDEC.

PUNB menyatakan komitmen untuk memperkukuh penyediaan kemudahan pembiayaan yang lebih bersasar bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan usahawan Bumiputera dalam ekosistem SIDEC. Kerjasama yang sedang dirangka ini dijangka mewujudkan rangka sokongan yang lebih komprehensif, dengan fokus meningkatkan daya saing, inovasi dan ketahanan perniagaan usahawan Bumiputera secara mampan.

Delegasi SIDEC diketuai oleh Encik Ahmad Salman, Pengurus Jabatan Digitalisasi, Encik Faizuddin Abdullah, Pegawai Kanan Jabatan Digitalisasi dan Encik Muhammad Firman Firdaus Zainol, Eksekutif Jabatan Digitalisasi, SIDEC.

PUNB pula diwakili oleh Encik Muhammad Nafis Nirman, Penolong Pengurus Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Saufi Abu Bakar, Penolong Pengurus Unit Latihan dan Pembangunan Usahawan, Cik Nurussyifa Nordin, Eksekutif Unit Kolaborasi dan Pembangunan Usahawan serta Encik Abd Muhaimin Abd Ghani, Eksekutif Pasukan Hubungan Perniagaan, PUNB.

Perbincangan di antara PUNB dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah diadakan pada 9 Mac 2026 bertempat di Ibu Pejabat PUNB.

Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan lebih mendalam mengenai potensi penyelarasan program pembangunan usahawan Bumiputera antara PUNB dan NCER. Keduadua pihak meneliti peluang untuk menyepadukan kekuatan masingmasing bagi memastikan usahawan Bumiputera di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menerima sokongan yang lebih terarah dan mampu meningkatkan daya saing perniagaan mereka.

Melalui kerjasama yang sedang diteliti, PUNB menzahirkan komitmen untuk menyediakan kemudahan pembiayaan yang lebih bersasar dan sesuai dengan keperluan usahawan Bumiputera dalam ekosistem NCER. NCER pula berkongsi fokus terhadap pemerkasaan usahawan melalui program latihan, bimbingan dan pembangunan kapasiti yang berstruktur termasuk sokongan akses pasaran.

Inisiatif bersama ini dijangka melahirkan rantaian sokongan yang lebih kukuh daripada peningkatan kemahiran dan kompetensi sehingga kepada penjanaan pertumbuhan perniagaan yang mampan. Keduadua pihak turut bersetuju menubuhkan mekanisme susulan bagi memperhalusi ruang kerjasama yang berpotensi memberi impak jangka pendek dan jangka panjang kepada komuniti usahawan Bumiputera.

Sesi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Fauzi Ahya, Pengurus Kanan Jabatan Pelaburan NCER dan Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan PUNB bersama pegawai-pegawai PUNB.

Unit Shariah dan Jawatankuasa Zakat PUNB telah menyempurnakan Majlis Serahan Replika Kunci Rumah Asnaf kepada penerima, Puan Norafizah Ibrahim, seorang ibu tunggal, melalui Program Santuni Kelantan 2026 yang dilaksanakan pada 9 Mac 2026 di Bachok, Kelantan.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Rastam bin Mohd Isa, Pengerusi PUNB, bersama Encik Badrulnizam Bahaman dan Puan Adleen Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah PUNB. Turut serta adalah Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi, bersama barisan pengurusan kanan serta pegawai-pegawai PUNB dari Ibu Pejabat dan Cawangan Kelantan.

Rumah tersebut merupakan salah satu inisiatif kebajikan di bawah Program Santuni Kelantan 2026 yang dilaksanakan menggunakan dana zakat wakalah PUNB bagi membantu golongan asnaf fakir yang memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Dalam majlis yang sama, PUNB turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima sebagai tanda keprihatinan dalam meringankan beban kehidupan harian.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen PUNB dalam menyalurkan dana zakat secara berimpak bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan, sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup penerima dan keluarganya.

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?