Pengarang: mastura

Wajah-wajah ceria 35 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir yang dibawa membeli belah, persiapan menyambut Aidilfitri sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan 2024 yang diadakan di Pasar Raya Besar Mydin di Subang Jaya, Khamis, 28 Mac 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini turut disertai YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi yang juga Pengerusi Zakat PUNB; Encik Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, ketua-ketua Jabatan dan warga kerja dari Unit Komunikasi Korporat dan Unit Shariah.

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa UMPSA yang telah diadakan di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, Pahang.

PUNB yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Ahmad Sabri Ismail telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM62,500 kepada Naib Canselor UMPSA, YH. Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Sumbangan tersebut dianggarkan dapat membantu 250 orang mahasiswa yang terpilih bagi menampung kos keperluan untuk mereka memulakan semester baharu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Tertinggi UMPSA turut hadir meraikan majlis tersebut.

Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia (AUTOPRO) bersama Unit Projek Khas Automotif (SPAU) mengadakan kunjungan hormat ke atas Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Isnin, 11 Mac 2024 di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara Rakan Usahawan automotif PUNB dan ahli-ahli PEKEMA. Jalinan kerjasama ini akan memberi peluang kepada Rakan Usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan dan berkongsi kepakaran.

Turut hadir adalah Ybhg Dato’ Haji Zainuddin Bin Abd Rahman, Pengerusi Koperasi PEKEMA; Tuan Haji Munir Hanafiah, Presiden AUTOPRO; Encik Halim Mutaref, Timbalan Presiden I AUTOPRO; Encik Zulkanin Jaharudin, Timbalan Presiden II AUTOPRO, wakil ahli AUTOPRO, wakil SPAU dan PEKEMA.

Seramai 4 warga kerja PUNB di Sabah bersama 5 Rakan Usahawan PUNB telah menyertai Persidangan Wanita IKS & Kepimpinan Wanita anjuran Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputra Sabah (IKSnita) yang telah berlangsung pada 10 Mac 2024 bertempat di Sabah International Conventional Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Persidangan yang mengumpulkan usahawan wanita dari seluruh Sabah bersempena Hari Wanita Sedunia 2024 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Encik Ahsim Haji Jamat. Turut hadir ialah Presiden IKSnita Sabah, Datuk Dayang Haja Khatijah.

Program ini bertujuan membantu usahawan wanita dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, cara pengurusan dan kepimpinan dalam perniagaan.

Pada sebelah malam, para peserta telah menghadiri majlis makan malam bagi menyambut dan meraikan wanita terutama para usahawan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam arena keusahawanan.

Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 15 #RakanUsahawanPUNB Kuala Lumpur bersama Pegawai PUNB dari Pejabat Wilayah Tengah di sebuah restoran pada Khamis, 7 Mac 2024.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea, dan berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

#RakanUsahawanPUNB

#SesiTehTarikRakanUsahawanPUNB

Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 10 #RakanUsahawanPUNB Negeri Sembilan bersama Pegawai PUNB dari Pejabat Wilayah Tengah (Kuala Lumpur) di premis perniagaan #RakanUsahawanPUNB, Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai pada Rabu, 6 Mac 2024.

Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini Rakan Usahawan, maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB, berkongsi idea dan pengalaman, serta berbincang mengenai trend terkini dalam perniagaan.

#SesiTehTarikRakanUsahawanPUNB#RakanUsahawanPUNB

“In the world of business, the people who are most successful are those who are doing what they love” – Warren Buffett.

Choose to be an entrepreneur, it offers numerous advantages that would be the envy of mere employed individuals:

 

 

 

Overall, being an entrepreneur offers numerous advantages, including freedom, opportunity for innovation, financial rewards, personal growth, impact, control, and the ability to create a fulfilling and meaningful career.

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB diiringi Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi telah menghadiri Perasmian Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada Sabtu, 2 Mac 2024.

Tujuan kongres adalah untuk menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu dan penambahbaikan agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif di samping mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna selarasan dengan kerangka ekonomi MADANI.

Kongres ini telah berlangsung selama tiga bermula dari 29 Februari 2024 hingga 2 Mac 2024. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Kementerian Ekonomi bertindak selaku sekretariat bersama bagi kongres berkenaan.

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air serta ahli-ahli jemaah menteri.

#KEB2024#PICC#KongresEkonomiBumiputera#Putrajaya#MADANI

Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB di Program Jerayawara @Alor Setar telah disampaikan oleh Puan Rahayu Jaafar, Ketua Pejabat PUNB Cawangan Kedah di Dewan Ukir Mall, Alor Setar, Kedah pada Rabu, 21 Februari 2024.

Program kerjasama PUNB dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) ini bertujuan untuk memperkenalkan pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUNB.

Peserta juga berpeluang menyertai sesi konsultasi perniagaan bersama pegawai PUNB dari Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan serta Pejabat PUNB Cawangan Kedah.

Program dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK. Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran & Komunikasi PUNB.

Sekitar Majlis Apresiasi JumPER 2023 yang telah berlangsung dengan meriahnya pada Khamis, 15 Februari 2024, di The Everly Hotel, Putrajaya.

Majlis ini diadakan sempena meraikan penerima Geran Pembangunan Perniagaan Alumni JumPER, peserta Program Latihan Pendigitalan Perniagaan-JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) dan pemenang PUNB-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Unichallenge 2023.

Turut hadir YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB; YBhg Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Lembaga Pengarah PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi serta wakil-wakil Ketua Jabatan PUNB.

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?