Pengarang: mastura

Sekitar Majlis Apresiasi JumPER 2023 yang telah berlangsung dengan meriahnya pada Khamis, 15 Februari 2024, di The Everly Hotel, Putrajaya.

Majlis ini diadakan sempena meraikan penerima Geran Pembangunan Perniagaan Alumni JumPER, peserta Program Latihan Pendigitalan Perniagaan-JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) dan pemenang PUNB-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Unichallenge 2023.

Turut hadir YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB; YBhg Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Lembaga Pengarah PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi serta wakil-wakil Ketua Jabatan PUNB.

Peserta program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ mendengar ceramah mengenai Kawalan Kualiti dan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang disampaikan oleh Y. Kakiuchi, pada Khamis, 8 Februari 2024.

Peserta diberi penerangan mengenai konsep serta prinsip-prinsip asas dalam kawalan kualiti dan TQM bagi memastikan peningkatan produktiviti dalam sesebuah organisasi.

Program ini adalah kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta, YBhg. Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.

Hari ketiga pada Rabu, 7 Februari 2024, peserta program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ berpeluang mendengar taklimat ‘Beyond the Operational Excellence’ daripada Mr. Masayoshi Kaneko, wakil Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Rakuten Communications.

Rakuten Communications adalah syarikat terkemuka Jepun yang juga antara peneraju dalam bidang e-commerce, FinTech, pengiklanan dan pemasaran serta komunikasi.

Peserta dibawa melawat ke bangunan Rakuten Crimson House di Tokyo yang berkonsepkan minimalis dan moden serta diberi penerangan mengenai operasi syarikat tersebut.

Mr. Masayoshi Kaneko turut berkongsi strategi yang digunakan Rakuten dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan menjalankan transformasi bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) organisasi.

Program ini adalah kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta, YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Hari kedua program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ melawat ke Muzium Toyota Kaikan dan Mitsubishi Electric di Nagoya, Jepun, Selasa, 6 Februari 2024.

Muzium yang terletak di Toyota City ini, dibuka sejak 1977 sempena sambutan ulang tahun Toyota yang ke-40. Muzium ini mempamerkan inisiatif Toyota terhadap masyarakat melalui teknologi ciptaannya dan pengunjung berpeluang mempelajari bagaimana Toyota bekerja kearah masa depan neutral karbon melalui pendekatan elektrifikasi yang pelbagai.

Lawatan kemudian diteruskan ke Mitsubihi Electric bagi melihat pengaplikasian pendigitalan dalam pengilangan iaitu e-Factory dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini, kecerdasan buatan (A.I) dan sistem komputer.

Program ini adalah kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta, YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Sekitar lawatan peserta program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit To Japan’, ke syarikat Avex dan Armec Corporation yang terletak di Nagoya pada Isnin, 5 Februari 2024.

Syarikat Avex yang ditubuhkan pada Jun 1953 ini menghasilkan komponen automotif seperti bahagian injap transmisi automatik kenderaan, brek dan komponen enjin, manakala syarikat Armec Corporation menjalankan perniagaan kitar semula bahan logam ferus dan bukan ferus daripada syarikat pengeluar komponen automotif dan keluli.

Dalam kedua-dua lawatan tersebut, peserta program diberi penerangan mengenai amalan kecemerlangan yang dipraktikkan, cabaran yang mereka hadapi dalam pengurusan perniagaan dan kaedah mengatasinya.

Selain itu, mereka turut berkongsi mengenai inisiatif yang diperkenalkan untuk pembangunan sumber manusia seperti memperkasakan penglibatan golongan muda dan wanita bagi sama-sama menyumbang dalam kesinambungan kecemerlangan syarikat.

Program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit To Japan’, kerjasama antara PUNB dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini, bermula 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada warga kerja dan Rakan Usahawan PUNB. Turut serta YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB dan misi lawatan ini diketuai oleh Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi.

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Sesi taklimat Program ‘Business Excellence Best Practice Study Visit to Japan’ telah diadakan di Pejabat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di Menara Matrade, pada Isnin, 29 Januari 2024.

Taklimat mengenai program tersebut disampaikan oleh Puan Saliza Saari, Pengarah MPC. Hadir sama, Encik Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC.

Program kerjasama PUNB dan MPC ini bertujuan untuk meneroka amalan kecemerlangan perniagaan yang bermanfaat untuk dilaksanakan di PUNB.

Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada Rakan Usahawan mengenai amalan kecemerlangan yang diamalkan syarikat-syarikat ternama di Jepun bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

Program lawatan ini akan bermula pada 4 hingga 8 Februari 2024 melibatkan 9 warga kerja PUNB termasuk YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi dan Encik Azman Abdullah, Pengurus Bahagian Kewangan dan Transformasi serta 13 Rakan Usahawan PUNB. Malaysia Productivity Corporation (MPC)

In business, leadership abilities are crucial! An entrepreneur requires leadership skills as they can significantly affect the development of an organisation and bring impact to those around them. We want to share with you some of the business leadership traits that we have.

 

 

 

 

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB mengetuai kunjungan hormat kepada Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Putrajaya, Selasa, 16 Januari 2024.

Kunjungan hormat ini bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara PUNB dan DOSM. Turut serta dalam lawatan ini ialah, Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi; Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Encik Mohd Sulaiman Khazali, Ketua Audit Dalaman dan Pengurusan Risiko serta wakil-wakil unit. Department of Statistics, Malaysia

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB menerima kunjungan Superintendan Azman Mat Kamis, Ketua Polis Daerah Jerantut di Ibu Pejabat PUNB, di Plaza Sentral, Rabu, 10 Januari 2024.

Inspektor Muhammad Muhaimin Jaafar dari IPD Jerantut dan Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi (Marcom) PUNB turut menyertai perjumpaan ringkas tersebut.

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB melawat perniagaan alumni JumPER iaitu Prima Sticker di Kajang dan MAQ Empire di Bangi, pada Selasa, 9 Januari 2024.

Prima Sticker menyediakan perkhidmatan percetakan dan pengiklanan, manakala MAQ Empire menjual roti kukus yang terkenal dengan jenama RotiWap Bangi.

Tan Sri Acryl turut meluangkan masa melawat mentor PUNB, Definite Security Sdn Bhd (Fix N Go) di Bandar Baru Bangi yang menyediakan perkhidmatan berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi (Marcom) turut hadir bagi mengiringi Tan Sri Acryl.

PrimastickerRotiwapFix & Go – IT Specialist

Read Policy

Kami Menghargai Maklum Balas Anda!

    Soalan 1

    Pengalaman Keseluruhan:

    Bagaimanakah anda menilai pengalaman keseluruhan anda di portal rasmi kami?

    Soalan 2

    Pencarian Maklumat:

    Adakah mudah untuk mencari maklumat yang anda cari?

    Soalan 3

    Bahagian Bantuan:

    Bahagian mana pada portal rasmi kami yang paling membantu anda?

    Soalan 4

    Jangkaan Laman Sesawang:

    Adakah portal rasmi kami memenuhi jangkaan anda?

    Soalan 5

    Kebarangkalian untuk Kembali:

    Adakah anda akan kembali ke portal rasmi kami pada masa hadapan?