Pakej pembiayaan untuk pemohon baharu bagi membiayai modal kerja untuk kontrak yang diterima daripada organisasi/syarikat/agensi yang bereputasi seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Syarikat Multinasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Badan Berkanun.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM5 juta

  • Permohonan terbuka kepada semua entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan
  • Entiti milikan tunggal dan perkongsian yang memohon pembiayaan RM300 ribu dan ke bawah boleh mengekalkan entiti sedia ada. Untuk permohonan melebihi RM300 ribu, entiti perlu diperbadankan sekiranya permohonan diluluskan.

Kadar Keuntungan

  • Sehingga 6.5% setahun pada kadar asas baki harian

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 5 tahun

Syarat Kelayakan

  • Perniagaan/syarikat 100% milik bumiputera bagi pembiayaan sehingga RM1 juta manakala pembiayaan melebihi RM1 juta memerlukan sekurang-kurangnya 70% pegangan saham dan dikuasai oleh bumiputera
  • Perniagaan/syarikat telah beroperasi 18 bulan dan ke atas dengan nilai jualan tahunan tidak kurang daripada RM300 ribu
  • Perniagaan/syarikat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan (jika tiada SSM)
  • Mendapat surat tawaran/surat lantikan dari organisasi/syarikat/agensi yang diiktiraf oleh PUNB
  • Tawaran kontrak mestilah di bawah sektor yang dibiaya oleh PUNB
  • Memiliki rekod kewangan yang dikemas kini bagi perniagaan/syarikat yang telah beroperasi
  • Tawaran kontrak kerja patuh syariah
  • Memenuhi syarat dokumentasi yang ditetapkan semasa permohonan dan pengeluaran dana pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Modal kerja maksimum sehingga 90% daripada setiap nilai projek

Cara Memohon

Permohonan pembiayaan melalui e-mohon di portal rasmi PUNB

Lembaran Pernyataan Pengiraan Pembiayaan Risalah Pembiayaan

Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat