As a business owner, you definitely understand how to meet customer needs before they express them. How can you figure out what your customers want and need? The following are several approaches for determining client demand which can result in great customer experience:
By understanding and meeting the needs and demands of customers before they do, you can increase customer loyalty and strengthen business relationships with them. It can also help you be different from your competitors and create a successful and thriving business.
TECHNERVE TECHNOLOGY SOLUTIONS SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB
Untuk bergelar seorang usahawan, anda haruslah berani menempuh cabaran untuk mengecapi kejayaan. Jom ikuti kisah kejayaan Rakan Usahawan, Muslim Abdullah Zaik, pengusaha Technerve Technology Solutions Sdn Bhd yang amat menginspirasikan ini!
PUNB:Ceritakan bagaimana anda boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan?
MUSLIM: Ia bermula pada tahun 2014, saya merupakan pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM – kini IIUM). Pada tahun tersebut telah berlaku peristiwa kehilangan pesawat MH370. Sebuah firma teknologi Amerika Syarikat telah menawarkan perkhidmatan pencarian puing-puing pesawat menggunakan teknologi dron dasar laut (unmanned underwater vehicle, UUV), UUV adalah sebuah dron bawah air yang berkeupayaan mencerap data dasar laut. Data dasar laut negara merupakan antara data yang strategik berkaitan pertahanan dan sumber asli negara.
Ketika itu, saya mula sedar bahawasanya yang paling berharga adalah data manakala penggunaan dron hanyalah sebagai salah satu alat yang mampu memanjangkan jangkauan kita untuk memperoleh data ke tempat paling sukar dan berisiko. Bahkan ia juga berkaitan dengan kedaulatan data negara. Atas dasar itu, saya bersama rakan-rakan daripada bidang-bidang berkaitan seperti jurutera pembangunan perisian, jurutera dron/UAV, jurutera elektrik, keselamatan siber dan pakar penganalisaan data membangunkan Aeronerve pada akhir tahun 2018. Kami memfokuskan kepada membangun kepintaran data Unmanned Aerial Vehicle (UAV/Dron) dan data geospatial.
PUNB: Mengapa memilih perniagaan sekarang?
MUSLIM: Bagi kami data merupakan “bahan api” moden yang lebih mahal berbanding bahan api fosil. Ia mampu membantu negara khususnya pemain industri dan agensi-agensi kerajaan membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan lebih-lebih lagi dalam sektor-sektor kritikal seperti tenaga, keterjaminan & keselamatan makanan dan perlombongan sumber nadir bumi.
Justeru, kami mengambil peluang ini untuk mengetengahkan solusi berpandukan data yang kami yakin mampu memberi nilai tambah kepada proses kerja sedia ada bahkan mampu memberi impak kepada peningkatan produktiviti penghasilan, pengurangan kos dan keputusan yang lebih tepat.
Kami bermula dengan sebuah syarikat yang memfokuskan perkhidmatan cerapan data udara dan pembangunan perisian. Selepas 4 tahun, kumpulan syarikat kami telah mempunyai empat anak syarikat dan syarikat bersekutu iaitu:
Aeronerve Institute (AI)
Sebuah syarikat yang memfokuskan pembangunan bakat dan kemahiran dalam ekosistem bidang teknologi dron data. Aeronerve Institute telah dilancarkan oleh YB Menteri MOSTI pada tahun 2022 dengan sasaran untuk menghasilkan 30,000 orang bakat dan pemimpin teknologi menjelang 2030 selari dengan Malaysia Drone Technology Action Plan (MDTAP) 2030 yang dilancarkan MOSTI pada tahun 2022 yang mensasarkan 100,000 bakat pada tahun 2030.
Kini AI telah melatih lebih 3,000 orang yang berbakat dalam bidang teknologi dan data sejak ia mula beroperasi.
Fix and Go
Sebuah syarikat pakar IT yang memfokuskan kepada perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan IT serta solusi untuk industri menggunakan teknologi Internet of Things (IOT). Antara projek yang telah dijalankan adalah seperti penjanaan tenaga solar khususnya untuk kawasan-kawasan ladang dan perlombongan yang memerlukan pemasangan luar grid.
Deca Forensic
Sebuah syarikat pemulihan data (data recovery) yang mendapat pengiktirafan daripada Cybersecurity Malaysia (CSM) di bawah program MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) untuk melakukan pemulihan data khususnya data di cakera keras, memori kilat dalam kamera, SSD, kekunci USB dan kad memori.
INERVA
Sebuah syarikat bersekutu yang memfokuskan pembangunan solusi digital yang memberi tawaran transformasi digital kepada sektor tenaga khususnya kepada empangan jana kuasa, pengurusan aset kargo, pemeriksaan di ladang solar dan pemeriksaan di loji minyak dan gas.
Nadi kejayaan Technerve Technology Solutions
PUNB: Kongsikan perkhidmatan atau produk yang syarikat andatawarkan/hasilkan?
MUSLIM: Aeronerve merupakan kumpulan syarikat penyedia penyelesaian (solutionprovider) berteraskan data dron & deria jarak jauh (remote sensing) dankepintaran data geospatial khususnya kepada sektor pertanian, tenaga danperlombongan.
Kepakaran Aeronerve meliputi Pembangunan Teknologi Sistem Tanpa Manusia, Pembangunan Perisian, Papan Pemuka dan Aplikasi Mudah Alih berteraskan Geospatial Information System(GIS), Penyepaduan sistem-sistem (system integration) dan Kepintaran Data Geospatial.
Aeronerve memfokuskan kepada penyediaan ekosistem penyelesaian menyeluruh meliputi solusi, perkhidmatan, pembangunan produk teknologi, rundingan pelaksanaan teknologi, dan latihan pembangunan teknologi.
a) Solusi – Pertanian Pintar dan Tepat, Perlombongan Pintar dan Pemantauan Pintar Aset Tenaga
b) Perkhidmatan – Pemetaan udara menggunakan dron, pembangunan perisian & aplikasi, pemprosesan data dan penganalisaan data udara.
c) Produk i. TerraBina – Drone & Iot Powered Digital Construction & Mining Progress Monitoring Dashboard ii. TerraAgra – Drone & Iot Powered Data Driven Precision Agriculture Dashboard
iii. Inerva – Drone & IoT Powered Asset Management Dashboard
d) Latihan – i. Pendidikan STEM Dron ii. Pembangunan Teknologi Dron iii. Persijilan Professional Pengendali Dron iv. Pensijilan Pengurusan Data Dron
PUNB: Apakah cabaran terbesar syarikat anda dan bagaimana anda menanganinya?
MUSLIM: Cabaran paling besar kami adalah ketika wabak Covid19 pada tahun 2020 dan 2021. Hal ini kerana Aeronerve ketika itu masih baru menapak dalam industri. Pada awalnya kami agak terkesan, namun berbekalkan kepakaran yang dimiliki khususnya dalam bidang pembangunan web dan perisian, kami melakukan penumpuan penuh kepada bidang perisian sepanjang sesi PKP. Hasilnya kami mampu bertahan dan terus berkembang hingga ke hari ini.
PUNB: Apakah keunikan/perbezaan produk keluaran syarikat anda berbanding pengusaha lain?
MUSLIM: Kami memfokuskan kepada kepintaran data dan integrasi sistem pintar kepada sektor-sektor kritikal. Kami juga mempunyai solusi pembangunan kemahiran dan bakat yang saya kira elemen yang paling kritikal dalam implementasi solusi digital. Hal ini kerana, keperluan perubahan pengurusan ke arah digital perlu melibatkan pembangunan sumber manusia yang mahir menggunakan alat digital. Justeru, solusi digital yang kami tawarkan kepada pelanggan adalah lengkap termasuk latihan perubahan pengurusan supaya solusi tersebut dapat dijalankan sepenuhnya dengan berkesan dalam agensi yang terlibat.
PUNB: Siapakah pesaing utama anda dan bagaimana anda melihat persaingan perniagaan anda pada hari ini?
MUSLIM: Perkhidmatan pemetaan data udara menggunakan dron merupakan antara pasaran yang agak tepu. Justeru, kami berevolusi daripada semata-mata menawarkan perkhidmatan kepada tawaran solusi digital yang lengkap dan menjadikan kepintaran data sebagai nilai tambah utama kami.
PUNB: Apakah pencapaian terbesar syarikat anda?
MUSLIM: Antara projek terbesar kami pada awal 2019 adalah tinjauan dan pemetaan udara untuk pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi tujuan persempadanan, pemantauan tapak perlombongan dan pengurusan aset tanaman. Kami juga telah berjaya memetakan keseluruhan Tasik Chini dengan resolusi tinggi bagi tujuan pengkelasan dan kajian tumbuhan separa akuatik untuk pihak National Water Research Institute of Malaysia, NAHRIM.
Pada tahun yang sama, Aeronerve telah memenangi pingat gangsa dalam kategori Operasi Dron di Pertandingan Worldskill, Kazan, Rusia dan memenangi tempat pertama di Asia Worldskill Abu Dhabi bagi kategori Solusi Dron Terbaik. Aeronerve juga mempunyai jaringan kerjasama dengan beberapa universiti dan politeknik antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Multimedia University (MMU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultanah Nur Bahiyah dan Politeknik Muadzam.
Manakala pada tahun 2022, kami telah berjaya membangunkan sebuah perisian Net Present Value (NPV) untuk MARA bertujuan mengira aliran tunai agensi apabila pelaburan/pinjaman diberikan kepada pelanggan. Selain itu kami juga telah membangunkan solusi pertanian tepat untuk pihak Muda Agricultural Development Authority (MADA) yang memfokuskan kepada penanaman padi daripada benih hinggalah penghasilan dan tuaian. Aeronerve juga telah melakukan Digital Twin dan Digital Asset Inspection Tagging kepada empangan di bawah pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui syarikat bersekutu kami INERVA.
Selain itu juga, Aeronerve telah memenangi geran SME Corp di bawah Programme For Enhancement Of Strategic Industry And High Growth Enterprise (PRESTIGE): Dronetech Digitalisation Initiative (DDI) dan telah terpilih antara 40 finalis program Global Accelerator Program (GAP) Cohort 4 kendalian Malaysia Global Innovation & Creativity Center, MaGIC.
Secara keseluruhannya Aeronerve telah mencerap data berkeluasan 116,000 hektar.
PUNB: Nasihat/kata-kata kepada orang ramai yang ingin memulakan perniagaan yang sama?
MUSLIM: Kita perlu ada aspirasi dalam melakukan perniagaan, lebih baik jika aspirasi tersebut berkisar kepentingan agama, bangsa dan negara, khususnya nation building, iaitu membangunkan anak bnagsa dan negara. Usahawan perlu ambil posisi penyelesai masalah dan melihat setiap masalah sebagai batu loncatan untuk berjaya. Pelanggan kita mempunyai pelbagai masalah, gunakan peluang ini untuk tawarkan solusi kepada mereka.
Dalam konteks usahawan teknologi, mari kita sama-sama rangka visi kita supaya tidak hanya jadi pengguna alat teknologi bahkan boleh jadi penghasil teknologi yang dapat menyelesaikan masalah dan mengangkat martabat negara ke peringkat antarabangsa.
Dalam menguruskan perniagaan, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk memastikan kelancaran operasi dan pertumbuhan jangka panjang syarikat. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dielakkan:
Pengurusan risiko perniagaan merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisa dan mengurangkan potensi risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada operasi, kewangan dan reputasi syarikat. Strategi pengurusan risiko yang berkesan bertujuan untuk meminimumkan kebarangkalian dan tahap kritikal risiko sambil memaksimumkan peluang untuk pertumbuhan dan keuntungan perniagaan.
Dengan menguruskan risiko secara proaktif dan berterusan dalam perniagaan, ia dapat melindungi operasi, reputasi dan mencapai matlamat syarikat.
Tahukah anda, syarikat yang tidak mampu membayar hutang melebihi RM50,000.00 ke atas dan gagal membayar dalam tempoh 21 hari dari Tarikh Notis Tuntutan diserahkan, boleh digulungkan oleh Mahkamah di atas suatu Petisyen Penggulungan yang difailkan oleh Pemiutang.
Penggulungan syarikat atau likuidasi adalah proses di mana aset syarikat dikumpulkan dan dihasilkan bagi menyelesaikan hutang dan tanggungan syarikat oleh penyelesai (liquidator).
Jenis Penggulungan Syarikat
Terdapat 2 jenis;
Penggulungan Terpaksa Melalui Mahkamah (hutang melebihi RM50,000 dan ke atas)
Penggulungan secara sukarela:
Penggulungan Sukarela Anggota melalui satu pengisytiharaan bertulis untuk menggulung syarikat secara sukarela (syarikat berpendapat berupaya membayar hutang dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penggulungan)
Penggulungan Sukarela Pemiutang melalui mesyuarat syarikat dan pemiutang.
Bagaimana Cara Untuk Membuat Penggulungan Ke Atas Sesebuah Syarikat?
Jika anda (pemiutang) berhadapan dengan masalah syarikat (penghutang) yang gagal, tidak mampu atau tidak mahu membayar hutang, pemiutang boleh memohon kepada mahkamah untuk suatu perintah penggulungan.
Sekiranya penghutanggagal membayar jumlah yang dituntut dalam tempoh 21 hari dari Tarikh Notis Tuntutan, pemiutang boleh memfailkan Petisyen Penggulungan ke mahkamah.
Kesan Terhadap Penggulungan Syarikat?
Apabila penggulungan syarikat terjadi, syarikat perlu menghentikan operasi dan kontrak pekerjaan hendaklah ditamatkan. Segala aset dan akaun syarikat juga akan dibekukan dan tiada sebarang transaksi boleh dilakukan melainkan kebenaran Penyelesai atau mahkamah.
Apa Jadi Dengan Pekerja Syarikat Digulungkan?
Setelah sesebuah syarikat itu mendapat perintah penggulungan, tertakluk syarikat mempunyai aset, syarikat tersebut perlu membayar gaji pekerja mereka yang tertunggak selain caruman wajib seperti PERKESO dan KWSP termasuklah pembayaran sekiranya pekerja tersebut mempunyai cuti yang masih belum digunakan (mengikut kontrak pekerjaan) sebagai bayaran keutamaan sebelum membayar hutang-hutang yang lain.
Selepas hutang dilangsaikan, lebihan yang ada akan dibahagikan kepada pemegang saham atau penyumbang penubuhan syarikat mengikut hak kelayakan.
Adakah Syarikat Digulung Boleh Beroperasi Semula?
Syarikat boleh beroperasi semula jika suatu permohonan dilakukan kepada pihak mahkamah untuk menamatkan Perintah Penggulungan atau menggantung Perintah Penggulungan sama ada secara kekal atau sementara melalui perkara berikut:
Pemiutang yang memfailkan penggulungan sesebuah syarikat telah menerima bukti penyelesaian hutang melalui penyelesai
Bukti menunjukkan syarikat tidak sepatutnya digulungkan
Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh syarikat dalam tempoh penggantungan diberi – tertakluk kepada kelulusan Mahkamah (penggantungan sementara)
Walau bagaimanapun, langkah penggulungan syarikat ini dilakukan sekiranya tiada jalan penyelesaian terbaik yang dapat dicapai bagi menuntut hutang yang tertangguh dari mana-mana pihak syarikat yang berhutang dengan syarikat anda.
Strategi pengurusan kewangan perniagaan adalah perancangan dan kawalan sumber kewangan bertujuan membantu usahawan merancang sumber kewangan dengan berkesan, meminimumkan risiko, meningkatkan keuntungan dan prestasi kewangan perniagaan secara keseluruhannya. Di sini kami kongsikan beberapa strategi yang boleh diadaptasi dalam pengurusan kewangan perniagaan.
Pantau Aliran Tunai
Sentiasa memantau aliran tunai dan berhati-hati dalam membelanjakan wang untuk mengelakkan perniagaan berhadapan dengan sebarang masalah kewangan terutama untuk pembelian bahan mentah, kos pengangkutan dan kos penyelenggaraan.
Kekalkan Kawalan Kewangan yang Teguh
Semak audit dalaman dan laporan kewangan dengan kerap agar dapat membantu untuk mengesan kesilapan akaun dan mencegah penipuan serta membuat penambahbaikkan.
Kawal Inventori
Kawalan stok inventori boleh meminimumkan kos penyimpanan, mengelakkan kerosakan, ketirisan yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat.
Minimumkan Perbelanjaan
Cari peluang penjimatan kos dengan mendapatkan harga yang sangat berpatutan secara berunding dengan pembekal melaksanakan langkah-langkah pengurangan kos operasi.
Bekerjasama dengan Badan Kewangan Profesional
Dapatkan nasihat dari akauntan awam, peguam, perancang kewangan atau penasihat yang bertauliah untuk membangun dan melaksanakan strategi kewangan yang baik.
Kembangkan Sumber Pendapatan
Pelbagaikan aliran hasil, mencipta produk atau perkhidmatan baharu dan meneroka pasaran baharu yang boleh meningkatkan keuntungan.
Berikut adalah beberapa tips untuk menguruskan inventori syarikat dengan lebih berkesan:
Dengan menerapkan tips ini, anda dapat menguruskan inventori syarikat dengan lebih efisien, mengurangkan kos inventori berlebihan, meningkatkan aliran tunai dan meningkatkan keseluruhan operasi syarikat.
Batik merupakan identiti warisan bangsa yang sinonim dengan negeri pantai timur di Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan. Secara umumnya, pemakaian batik telah menjadi sebahagian daripada budaya di Malaysia kerana ia sering dipakai dalam majlis-majlis rasmi dan keramaian. Seiring peredaran zaman dan peralihan generasi, batik kini telah diperhalusi menjadi lebih moden bagi memenuhi cita rasa masyarakat semasa.
Kehadiran pereka fesyen duo iaitu Ekram Faiz dan Farhan Omar dalam memartabat warisan seni batik Malaysia ternyata berjaya menambat hati masyarakat dengan mengetengahkan corak dan rekaan moden yang eksklusif. Perjalanan mereka bermula apabila Kapten Batik ditubuhkan pada Mac 2017 dengan hasrat untuk menjadikan batik sebagai pakaian harian yang boleh digayakan pada bila-bila masa dan untuk pelbagai acara. Pengalaman bercuti ke beberapa negara telah memberi inspirasi untuk menghasilkan motif batik moden kontemporari yang kemudiannya diadaptasi pada fabrik mengikut potongan Tailored Fit, Custom SlimFit dan Modern Fit, sesuai dengan cita rasa generasi muda sekali gus mampu menarik minat pelbagai masyarakat untuk menggayakannya.
Kapten Batik tekad untuk mengubah tanggapan masyarakat, khususnya kaum lelaki, tentang pakaian batik yang tradisional ke premium dan moden eksklusif. Menurut Ekram, untuk memanifestasikan hasrat ini, Kapten Batik amat mementingkan kualiti setiap produk yang dihasilkan bermula dari pemilihan fabrik yang kebanyakan ditempah khas dari Indonesia dan India. Proses penghasilan rekaan yang teliti amat diutamakan bertepatan dengan harga jualan sasaran bermula dari RM100 sehingga RM700.
Sudah menjadi adat berniaga, pasti akan ada cabaran dan ujian yang perlu dilalui. “Cabaran dalam berniaga adalah lumrah dan Kapten Batik tidak terlepas daripadanya. Tatkala penularan pandemik Covid-19, Kapten Batik diuji apabila kerajaan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan dan semua perniagaan diarahkan tutup demi keselamatan masyarakat. Pada waktu itu kami telah menyiapkan koleksi lebaran tahun 2020. Namun, di sebalik kesulitan itu merupakan satu titik tolak kepada Kapten Batik untuk berada dalam talian,” ujar Farhan.
Bagi memastikan koleksi tersebut terjual, Kapten Batik mula mempromosi secara dalam talian menerusi beberapa platform digital seperti laman rasmi syarikat, aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram. “Nasib menyebelahi kami kerana kebetulan pada masa itu trend pembelian secara dalam talian mengalami peningkatan mendadak. Alhamdulillah, sejak itu jenama Kapten Batik semakin dikenali hinggakan ada yang mula menawarkan untuk menjadi ejen atau dropship. Namun begitu, kami sepakat untuk tidak menggunakan konsep tersebut kerana ingin mengukuhkan jenama Kapten Batik dalam kelas tersendiri. Meskipun demikian, Kapten Batik membuka peluang kepada usahawan yang berminat dalam perniagaan francais namun bergantung kepada pemilihan lokasi,” tambah Farhan.
Melihatkan kepada kejayaan yang dikecapi, sejak dari itu mereka memutuskan untuk lebih aktif mempromosi Kapten Batik secara dalam talian. Strategi lain yang dilakukan untuk mempromosi Kapten Batik adalah menyertai bazar hujung minggu di pusat membeli-belah yang melibatkan barisan selebriti tempatan.
Berbicara tentang perancangan masa hadapan pula, kedua-dua rakan kongsi ini ingin mensasarkan pembukaan tiga lagi cawangan Kapten Batik iaitu di KLIA pada penghujung Ogos, Tun Razak Exchange (TRX) dan Menara PNB 118 pada suku keempat tahun ini. Sehingga kini, Kapten Batik telah memiliki sebanyak tujuh kedai di pusat beli belah terkemuka Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Selain itu, Kapten Batik juga berhasrat untuk tembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura dan London.
Bukan itu sahaja, Kapten Batik menetapkan untuk mengeluarkan tiga koleksi baharu setiap tahun iaitu pada Mac, Jun dan Julai, selain musim perayaan. “Untuk tahun ini, Kapten Batik mendapat inspirasi menghasilkan rekaan daripada bangunan ikonik di Malaysia tetapi masih mengekalkan warisan batik itu sendiri,” jelas Farhan lagi.
Dalam pada itu, Ekram dan Farhan tidak lokek berkongsi tip kepada usahawan lain dengan menyatakan bahawa usahawan perlu lebih kreatif dan sentiasa memikirkan strategi bagi memajukan perniagaan. Selain itu, para usahawan perlu berani dan tahu saingan dalam pasaran untuk mencapai matlamat dalam perniagaan.
In business, leadership abilities are crucial! An entrepreneur requires leadership skills as they can significantly affect the development of an organisation and bring impact to those around them. We want to share with you some of the business leadership traits that we have.
Regardless of whether you hear it or not, as an entrepreneur, you may come across it as AOV helps to determine your business revenue.
So, what is AOV? Theoretically, AOV measures the average total of every order placed with a merchant over a defined period. In simpler words, AOV is the average amount of money customers spend each time they make a purchase from your business.
This helps in determining how much money you make per customer, evaluating your business, and identifying areas that can be improved or expanded. How can businesses increase their AOV? Here are some tricks you can apply:
Bundle Deal
Combining a few items and offering a cheaper price than buying them separately helps to pique customers’ interest because it is customary to assume that anything on sale is a good deal. As a business owner, you need strategies for which product to bundle and how to set prices without compromising much on cost (it should be cheaper than the combined price of each individual product).
Combinations also help in introducing and emphasising products that are likely less noticed by customers. As a result, a combination promo promotes other goods and boosts sales while enticing customers by allowing them to get all their desired products in one package at a reasonable price.
A local fast-food brand, and Rakan Usahawan PUNB known as CFC Sarawak, have followed the following principle:
CFC Sarawak offers a variety of combo sets that combine its famous chicken crispy menu with other products such as burgers, nuggets, and fries, along with a complimentary beverage. Customers could then purchase any sets available at a discounted rate instead of buying the item separately. Did you realise that they basically tried to ‘serve’ everything onto customers’ plates and sort of offer them the ‘power of control’ over what they ate?
Upsizing/Add-on…Almost Everything
If you are in the food and beverage industry, particularly in the beverage cafe-based business, perhaps this concept can improve your AOV.
Have you ever gotten caught up in this conversation while trying to buy a drink? “Why not upgrade to a venti? It’s only a few ringgit differences,” and almost every time the customer will say, “Yes, please!”
This strategy is all about convincing customers to buy upgraded versions of products they already intended to purchase. Offering them a limited number of cup sizes or topping flavour options, for instance, allows them to select the ideal preferences by paying extra money, which most customers thought was well spent.
The better they upgrade, the more revenue you’ll make!
However, as a business owner, you should never upsell your product; instead, approach your customer like a friend or problem-solver; be genuine and helpful, and try to use ‘encouragement’ or persuasive phrases whenever describing products and why they should go for the upgrade version. Of course, this requires skills and some experience, therefore practice, practice, practice!
Did you know that waiters and cashiers in Malaysia commonly use the phrases “Lagi?” and “Itu Saja?” to encourage customers to place more orders?
Buy More, Save Even More
Customers enjoy it more when there is a discount or promotion for the products they purchase because they can get a better deal than paying the regular price.
Customers sometimes feel guilty when they must spend more money on greater quantities. Therefore, proper planning is essential for an entrepreneur to ensure customers do not limit their spending and continue to purchase your goods.
You may run a “Buy More, Save Even More” campaign by giving customers a price break or discount if they purchase more items. This technique can indirectly allay their doubts about purchasing, especially in big amounts as they are aware of the price offer.
It is important to emphasise the amount of money they could save if they spent more!
However, research on the costs involved, as well as the profit and loss, must be done in advance to avoid any difficulties.
Conclusion
Of course, there are various other strategies to consider, such as offering gift cards, renting out your space for events, establishing a client loyalty program, and even offering free delivery for online businesses, depending on the type of business you run. Try the options and determine which one is the most effective, then work on that. Good Luck!