Pada 19 Disember 2024, delegasi PUNB yang diketuai oleh Encik Izwan Zainudin, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke Sarawak PETCHEM Sdn Bhd di Menara SEDC, Kuching. Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam menyediakan pembiayaan kepada vendor-vendor Bumiputera yang bernaung di bawah Sarawak PETCHEM Sdn Bhd. Kerjasama ini dijangka dapat meningkatkan penyertaan vendor Bumiputera dalam rantaian bekalan industri petrokimia di Sarawak.

Ketibaan delegasi PUNB disambut oleh Encik Abdul Razak Ali, Ketua Pegawai Kewangan; Encik Ahmad Bakhtiar Hamdan, Pegawai Undang-Undang; dan Dr. Zamira Noh, Pegawai Eksekutif Kanan, Strategi Korporat SEDC.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Izwan turut mengucapkan tahniah kepada Sarawak PETCHEM Sdn Bhd atas pencapaian pertama ‘first drop of Crude Methanol’ dalam projek Loji Metanol Sarawak dan penghantaran kargo sulungnya dari Bintulu ke China. Pencapaian ini adalah satu lonjakan signifikan dalam industri petrokimia Sarawak yang semakin berkembang.

Turut serta dalam delegasi PUNB ialah Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan; Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan; dan Puan Shariza Sapuan, Ketua Pejabat Wilayah Sarawak.