PUNB telah menganjurkan program Pengurusan Stok & Inventori pada 18 & 19 Disember 2024 bertempat di Ixora Hotel, Pulau Pinang. Seramai 29 Rakan Usahawan PUNB telah mengambil bahagian dalam program ini yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman, Coach Siti Zaleha.

Program ini memberi fokus kepada strategi pengurusan stok yang efektif untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat. Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen hebat, dan penghargaan khas kepada Coach Siti Zaleha atas perkongsian ilmu yang luar biasa.
