Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa, 21 Januari 2025.

Delegasi Perdasama diketuai Encik Mohd Azamanizam Baharon, Presiden Perdasama Nasional, diiringi Ahli Jawatankuasa Perdasama Nasional, Perdasama cawangan Putrajaya dan Perak. Turut serta mewakili PUNB, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi; Encik Taha Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan, wakil Bahagian Perniagaan dan Unit Pemasaran.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang dan kerjasama strategik bagi memperkasa dan memajukan usahawan bumiputera di Malaysia.
