Karya terbitan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SARAnghae, telah dinobatkan sebagai Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34).
Mengangkat tema kasih, ketabahan dan harapan, SARAnghae membuktikan bahawa karya yang lahir dari hati mampu menyentuh jiwa ramai. Di sebalik jalan ceritanya, tersirat semangat βUsaha, Doa & Tawakalβ yang menjadi pegangan PUNB dalam membina insan dan usahawan berjiwa besar.
Kemenangan ini adalah hasil dedikasi seluruh warga kerja produksi Rastech Worldwide Sdn Bhd; barisan pelakon Vanidah Imran, Nafiz Muaz, Umar Shakur dan MonRasli Aswad; serta pasukan di belakang tabir yang mempercayai bahawa setiap kisah mampu membawa inspirasi.

SARAnghae bukan sekadar kisah rindu seorang anak kepada ibunya, tetapi kisah tentang harapan dan kekuatan seiring dengan semangat PUNB yang percaya bahawa setiap usaha mampu mengubah masa depan.
Β Saksikan kisah penuh makna ini di pautan berikut: