Datuk Ahmad Nazlan Idris

Pada hari kelima, 22 Jun 2022, delegasi PUNB di Pakistan mengadakan kunjungan hormat ke Faisalabad Industrial Estate Development & Management Company (FIEDMC). FIEDMC diwakili oleh Manver Javed Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli FIEDMC.

Delegasi PUNB juga mengadakan lawatan industri ke Gohar Textile Mills dan Klash Textile Private Limited, antara industri tekstil terbesar di Pakistan. Gohar Textile Mills diwakili oleh Alta Gohar, Pengurus Besar dan Klash Textile Private Limited diwakili oleh Farrah Khan, Pengarah.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah mengenai peluang perniagaan dan potensi kerjasama antara Rakan Usahawan PUNB dan usahawan di Faisalabad, Pakistan.

Malaysian delegation has earlier visited Pakistan Agri Expo 2022 in Lahore and now Faisalabad to identify new suppliers for Malaysian markets. Among the matters discussed during the visit were business opportunities and potential cooperation between PUNB Entrepreneur Partners and entrepreneurs in Faisalabad, Pakistan.

In addition, it also provides an opportunity for PUNB Entrepreneur Partners to expand their business network and make business matching with exhibitors participating in the expo.

Delegasi PUNB di Pakistan mengadakan kunjungan hormat ke Faisalabad Chamber of Commerce & Industries (FCCI) dan Pakistan Hosiery Manufacturers & Exporters Association (PHMA) pada hari keempat, 21 Jun 2022.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah mengenai peluang perniagaan dan potensi kerjasama antara Rakan Usahawan PUNB dan usahawan di Faisalabad, Pakistan.

FCCI diwakili Atif Munir Sheikh, Presiden dan ahli FCCI manakala PHMA diwakili Mian Kashif Zia, Presiden dan ahli PHMA.

Delegasi PUNB di Pakistan mengadakan kunjungan hormat ke Lahore Chamber of Commerce & Industries (LCCI) pada hari ketiga, 20 Jun 2022.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah mengenai peluang perniagaan dan potensi kerjasama antara Rakan Usahawan PUNB dan usahawan Pakistan.

LCCI diwakili Mian Nauman Kabir, Presiden dan Mian Rehman Aziz, Timbalan Presiden Kanan serta ahli LCCI.

Hari kedua delegasi PUNB di Pakistan Agri Expo 2022, Lahore, Pakistan, 19 Jun 2022.

Lawatan selama dua hari ini memberi peluang kepada Rakan Usahawan PUNB untuk meluaskan rangkaian perniagaan dan membuat padanan perniagaan dengan pempamer yang menyertai ekspo tersebut.

Pakistan Agri Expo 2022 telah disertai 150 pempamer terdiri daripada syarikat tempatan dan luar negara. Ekspo ini turut dihadiri 70 delegasi luar negara serta 2,000 pengusaha pertanian dan hortikultur.

Pengerusi PUNB, YB Dato’ Hj Ahmad Nazlan Idris mengetuai lawatan delegasi PUNB ke Pakistan Agri Expo 2022 di Lahore, Pakistan pada 18 Jun 2022.

Turut hadir Encik Izwan Zainuddin, Ketua Eksekutif PUNB, YBrs. Deddy Faisal Ahmad Salleh, ‘Charge d Affaire’ Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Malaysia di Islamabad, Pakistan dan delagasi daripada kumpulan pengurusan serta Rakan Usahawan PUNB, Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Smart Food Venture Networking Sdn Bhd, Puncak RM Sdn Bhd, Suffy Diary Group Sdn Bhd, Fieldmart Sdn Bhd, Mya Padu Enterprise, Airaz Technologies Sdn Bhd dan Siti Khadijah Sdn Bhd.

Pada lawatan tersebut, Rakan Usahawan PUNB mengadakan padanan perniagaan bersama usahawan Pakistan dan program diakhiri dengan majlis perasmian.

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat Satelit Ipoh, Perak dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Perak, Suffy Dairy Group Sdn Bhd, Rizqan Frozen Food Sdn Bhd, Inflow Global Marketing (M) Sdn Bhd dan Gading Kencana Sdn Bhd pada hari ini.

Lawatan Pengerusi PUNB, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris ke Pejabat PUNB Wilayah Utara dan premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB Pulau Pinang, FZI Advance Ventures, Sinar Plastic Technology Sdn Bhd dan Puncak Utama Sdn Bhd pada 7 dan 8 Jun 2022.

Program Taklimat PUNB bersama Usahawan Segamat pada 14 Februari 2022 di Hotel VIP, Segamat yang dirasmikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Abd Manap, Pengerusi Yayasan Muafakat. Turut hadir YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB dan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB.PUNB turut memberi bantuan Kembali ke Sekolah kepada anak yatim dan sumbangan tunai kepada keluarga yang memerlukan.

Program Taklimat PUNB bersama Usahawan Segamat pada 14 Februari 2022 di Hotel VIP, Segamat yang dirasmikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Abd Manap, Pengerusi Yayasan Muafakat. Turut hadir YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB dan Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB.PUNB turut memberi bantuan Kembali ke Sekolah kepada anak yatim dan sumbangan tunai kepada keluarga yang memerlukan.

Read Policy

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?