eksport

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan berkata, nilai perdagangan antara Malaysia dengan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) mencatat peningkatan sebanyak 0.2% daripada RM 144.87 bilion pada 2015 kepada RM 145.18 bilion pada 2016.

Nilai eksport ke anggota OIC pula meningkat 5.1% tahun ke tahun kepada RM 82.07 bilion manakala nilai import yang dicatatkan ialah RM 63.11 bilion.

Antara barangan yang dieksport negara termasuklah minyak sawit dan produk minyak sawit, kimia dan barangan kimia, peralatan mesin, tenaga elektrik serta produk elektrik dan elektronik.

Tambah beliau dalam ucapannya di Dewan Rakyat itu, hampir 70% eksport Malaysia ke negara OIC memasuki negara seperti Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Pakistan dan Turki.

OIC kini menjadi rakan dagang kelima terbesar negara, menyumbangkan 9.8% daripada jumlah dagangan keseluruhan RM 1.48 trilion tahun lalu.

“Pada tempat pertama ialah ASEAN, yang menyumbangkan 27% daripada keseluruhan nilai dagangan pada 2016, diikuti China (16.%), Singapura (12.%), dan Kesatuan Eropah (10%). Amerika Syarikat ialah rakan dagang ke-6 terbesar Malaysia, dengan sumbangan sebanyak 9.2%,” kata beliau lagi.

Sumber: BERNAMA

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?