usahawanPUNB

PRIMELUBE PETROCHEMICALS SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB

Minat terhadap bidang perniagaan telah mendorong Mohd Fu’ad bin Mohamed menubuhkan Primelube Petrochemicals (M) Sdn Bhd (Primelube) pada 5 Februari 2008. Anak jati kelahiran Batu Pahat, Johor ini mempunyai pengalaman bekerja lebih 10 tahun dalam bidang penjualan minyak pelincir kenderaan di Chevron Malaysia Limited. Bermula hanya menjadi pengedar pek minyak pelincir dan gris jenama CALTEX di Johor dan Melaka, beliau telah mengembangkan perniagaan dengan menambah produk minyak pelincir jenama REPSOL dan PENZOIL keluaran UMW Lubricant International Sdn Bhd dan UMW Pennzoil Distributor Sdn Bhd pada Disember 2011. Perkembangan membanggakan ini telah meningkatkan prestasi syarikat apabila mampu mencatat jualan sebanyak RM1.4 juta pada awal penubuhan kepada RM3.95 juta pada 2016.

Dalam usaha melebarkan empayar syarikat, Fu’ad telah memohon pembiayaan daripada PUNB pada 2009 yang digunakan untuk mengembangkan operasi perniagaan. Melihat kepada peningkatan prestasi dan kejayaan Primelube, PUNB telah meluluskan pembiayaan untuk kali kedua pada 2013 dan menawarkan khidmat nasihat, kursus dan latihan dalam usaha membantu memajukan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Produk minyak pelincir jenama REPSOL dan PENZOIL keluaran UMW Lubricant International Sdn Bhd dan UMW Pennzoil Distributor Sdn Bhd.

Antara kejayaan yang diraih oleh Primelube adalah penganugerahan dari REPSOL dan PENNZOIL di atas penjualan produk tertinggi bagi kedua-dua jenama minyak dan gas dari 2012 hingga 2016. Primelube merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera yang masih berada dalam senarai UMW Million Dollar Club sehingga kini.

Kejayaan terus diraih apabila pada 2016, Primelube telah diberi kepercayaan oleh PETROMIN Corporation Saudi Arabia yang berpusat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pengimport dan pengedar minyak pelincir jenama PETROMIN bagi Asia Tenggara. Kepakaran Fu’ad terbukti melalui kejayaannya menjual produk PETROMIN di lebih 100 syarikat tempatan hanya dalam tempoh kurang daripada satu tahun.

Di atas prestasi syarikat yang menakjubkan saban tahun juga, Primelube telah menerima pengiktirafan seperti 2017 SME Corp Certificate Of Achievement 3 Star – SME Competitiveness Rating For Enhancement (Retail & Distributive Trade) dan 2018 Muslim World Entrepreneur Development Award – Outstanding SME 2018.

Primelube menerima pengiktirafan 2018 Muslim World Entrepreneur Development Award – Outstanding SME 2018.

Momentum kejayaan terus dilakar apabila pada 2018, Fu’ad dan Primelube telah menjadi pemegang saham dalam penubuhan DD Auto Parts Sdn Bhd (DDAP), sebuah syarikat membekal alat ganti dan servis kenderaan. Langkah ke hadapan, Primelube dan DDAP merancang untuk membuka lebih banyak cawangan, secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang kerjaya khususnya kepada Bumiputera dalam industri alat ganti dan pusat servis kenderaan di Malaysia.

DD Auto Parts Sdn Bhd (DDAP), sebuah syarikat membekal alat ganti dan servis kenderaan.

Kini, Primelube sedang mengembangkan sayapnya di Negara-negara Asia Tenggara yang lain bermula dengan Indonesia melalui pemeteraian perkongsian bersama Allied Petroleum Indonesia yang berpusat di Jakarta. Selain itu, Primelube turut menjadi pembekal minyak pelincir kepada badan berkanun dan separa Kerajaan seperti Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), POS Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Darat Malaysia.

Seperti usahawan lain, Fu’ad turut mempunyai cabaran tersendiri dalam mengusahakan perniagaan, terutama dalam bidang yang kebanyakkannya lebih didominasi oleh bangsa asing dan syarikat ternama. Menurut beliau, industri ini memerlukan modal yang besar khususnya dari segi aspek promosi dan pengiklanan kerana perniagaan seperti ini melibatkan urusan pemberian kredit kepada pelanggan. Manakala bagi produk yang diimport pula, pertukaran mata wang asing mampu mempengaruhi harga produk yang dipasarkan dengan tawaran harga yang berpatutan. Malah, lambakan produk jenama tempatan yang lebih murah turut memberi kesan kepada hasil jualan kerana kebanyakan produk tersebut menggunakan minyak pelincir yang telah digunakan dan dikitar semula.

“Saya berharap dapat memasarkan minyak pelincir jenama PETROMIN di seluruh Asia Tenggara dan menjadikan jenama yang telah bertapak di Asia Barat lebih daripada 50 tahun ini sebagai produk No.1 di Malaysia pada masa hadapan,” akhiri beliau.

FAST BIKES SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB

Fast Bikes bukan lagi nama asing dalam dunia pengedaran motosikal berkuasa tinggi jenama Triumph di Malaysia. Sebagai pengedar tunggal produk keluaran United Kingdom itu, Fast Bikes telah mengembangkan perniagaan di dua negeri iaitu Sabah dan Pulau Pinang.

Keupayaan Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd, Dato’ Razak Al Malique bin Hussain membawa masuk jenama antarabangsa ini ke Malaysia telah memecah tradisi perniagaan motosikal berkuasa tinggi yang selama ini dimonopoli oleh golongan bukan Bumiputera.

Menurut beliau, sambutan menggalakkan yang diterima daripada para penunggang motosikal tegar di Negara ini menjadi satu suntikan semangat kepada dirinya untuk terus berusaha meluaskan lagi pengedaran motosikal Triumph yang bercirikan reka bentuk klasik dan moden di pasaran Malaysia.

Di awal penglibatannya pada 2010, Dato’ Razak merupakan seorang penjual motosikal jenama Triumph yang menjalankan operasi perniagaan di sebuah lot rumah kedai yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, sasaran jualan untuk sebulan hanyalah sebanyak dua hingga tiga buah motosikal sahaja.

Namun, setelah tiga tahun beroperasi, syarikatnya berjaya meraih peningkatan jualan yang memberangsangkan. Menyedari akan kehebatan dan potensi jenama motosikal ini di pasaran, beliau mula memasang cita-cita untuk mengembangkan perniagaan dengan menjadi francaisor utama Triumph di Malaysia.

“Sehingga kini, Fast Bikes telah berjaya meluaskan perniagaannya dengan membuka peluang kepada tiga pengedar motosikal di Pulau Pinang, Johor dan Sarawak,” katanya.

Untuk perkembangan terkini, Fast Bikes telah memperkenalkan rangkaian klasik moden Triumph 2019 apabila melancarkan lima model baharu untuk pasaran tempatan. Model baharu itu terdiri daripada Street Twin, Street Scrambler, Scrambler XC, Scrambler XE dan Speed Twin.

Mengulas tentang cerita disebalik kejayaan syarikat, pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh Dato’ Razak antaranya apabila beliau terpaksa melalui proses yang agak rumit dalam permohonan perjanjian francais bersama syarikat induk Triumph di UK untuk memberi peluang kepada beliau membuka francais motosikal Triumph di Malaysia.

Namun begitu, kerumitan tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha. Dengan bantuan daripada seorang rakan, beliau akhirnya berjaya menghubungi pihak pengurusan tertinggi Triumph bagi membentangkan rancangan perniagaan beliau.

Walaupun proses perjanjian mengambil masa hampir dua tahun, namun, Alhamdulillah, berkat usaha gigihnya, Triumph akhirnya meluluskan permohonan tersebut dan memberikan kepercayaan kepada Dato’ Razak untuk membuka francais jenama motosikal itu di Malaysia.

Bantuan pembiayaan daripada PUNB juga tiba pada masa yang sangat tepat. Suntikan modal yang diterima pada 2013 itu telah digunakan untuk memulakan operasi perniagaan francais tersebut.

Dato’ Razak menitip nasihat kepada para usahawan muda yang ingin mengorak langkah dalam dunia perniagaan supaya tidak menjadikan faktor wang ringgit sebagai pendorong utama untuk maju ke hadapan. Sebaliknya, beliau menekankan sifat keikhlasan dalam perniagaan dan usaha yang berterusan adalah tunjang utama kejayaan sesebuah perniagaan agar lebih diberkati oleh Allah S.W.T.

“Kami turut mempunyai perancangan untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara dan pernah mendapat tawaran ke China, Singapura dan Brunei, namun masih belum bersedia buat masa ini,” Siti Aishah, Pengarah Urusan Kumpulan Ayaq World.

Nama Syarikat
Faby Famy Sdn Bhd

Nama Usahawan
Norshazrah binti Mohamad

Info Perniagaan
Faby Famy Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 21 September 2015. Pada awal penubuhannya adalah untuk menguruskan perniagaan secara runcit bagi barangan keperluan ibu dan anak di bawah jenama Mom’s House.

Produk
Barangan ibu dan anak.

No. Telefon
05 – 55232457

E-mel
info@momshousehq.com

Instagram
https://www.instagram.com/momshousebabyshop/

Nama Syarikat
Prowheels (M) Sdn Bhd

Nama Usahawan
Tuan Haji Mohd Solahuddin bin Mustafa

Info Perniagaan
Mengusahakan perniagaan tayar, rim, baikpulih kenderaan, bateri, alignment dan balancing. Pihak syarikat juga merupakan pengedar tunggal tayar Achilles Motorsport 123s di Malaysia.

Produk
Tayar dan rim kereta.

No. Telefon
04 – 7302036

E-mel
hello@prowheels.com.my

Nama Syarikat
Hijrah Aluminium Sdn Bhd

Nama Usahawan
Ruzaimah A. Rahim

Info Perniagaan
Hijrah dibangunkan untuk memenuhi keperluan reka bentuk khusus — bukan sebagai alternatif kos rendah daripada pilihan bahan lain. Hijrah Aluminium mempunyai fleksibiliti untuk memenuhi banyak projek mulai dari rumah hingga ke aplikasi komersial.

Produk
Tingkap dan pintu aluminium.

No. Telefon
03 – 80523977

E-mel
hijrahsb@gmail.com

Nama Syarikat
Nova Spectra Sdn Bhd

Nama Usahawan
Nik Ahmad Huznee Nik Hussain

Info Perniagaan
Mengintegrasikan paparan LED dengan sebarang tetapan.

Produk
Mengusahakan salah satu pilihan panel skrin High Definition LED terbesar di rantau ini dan beroperasi dengan salah satu peralatan LED terbaik.

No. Telefon
03 – 8024 4581

E-mel
info@novasuperscreen.com

Nama Syarikat
Proven Holding (M) Sdn Bhd

Nama Usahawan
Dato’ Dr. Yusof bin Jusoh

Info Perniagaan
Membekalkan produk IBS kepada kontraktor dan menjalankan banyak projek menggunakan IBS.

Produk
Inter-locking bricks (IBS).

No. Telefon
03 – 2093 2763 atau 03 – 2093 2703

E-mel
provenholding@gmail.com

Nama Syarikat
Chezy Industries Sdn Bhd

Nama Usahawan
Sabrina Yaacob Abdullah

Info Perniagaan
Peneraju pasaran dalam industri pembentungan dan air bawah tanah. Dengan rangkaian pengedar dan pemaju utama yang luas di Malaysia, ini membuktikan kemampuan Chezy Industries untuk menghasilkan produk inovatif.

Produk
PP Inspection Chamber, Rainwater Sump, Hybrid Stop Valves, semua sistem perangkap lantai dan eksesori.

No. Telefon
03 – 78599499

E-mel
enquiry@chezy.com.my 

Pada akhir tahun 2021, Aris Burger akan memfokus pasaran Sabah, Sarawak dan mengeksport Aris Burger ke Brunei serta Thailand.

“ARISPROP Holdings Sdn Bhd berada di landasan kukuh untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara menerusi produk sejuk beku,” Pengarah Urusan, Datuk Haris Embong.

Read Policy

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?