Pakej pembiayaan bersepadu ditawarkan merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan, pembangunan perniagaan dan usahawan melalui kursus dan latihan.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)

  • Permohonan terbuka kepada semua entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan
  • Entiti milikan tunggal dan perkongsian yang memohon pembiayaan RM300 ribu dan ke bawah boleh mengekalkan entiti sedia ada. Untuk permohonan melebihi RM300 ribu, entiti perlu diperbadankan sekiranya permohonan diluluskan

Kadar Keuntungan

  • 5% - 8% setahun (tertakluk kepada tujuan pembiayaan)

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 7 tahun

Syarat Kelayakan

  • Perniagaan/syarikat 100% milik bumiputera bagi pembiayaan sehingga RM1 juta manakala pembiayaan melebihi RM1 juta memerlukan sekurang-kurangnya 70% pegangan saham dan dikuasai oleh bumiputera
  • Perniagaan/syarikat telah beroperasi 18 bulan dan ke atas dengan nilai jualan tahunan tidak kurang daripada RM300 ribu. Pengecualian bagi bidang pendidikan berkonsep, profesional dan stesen minyak
  • Perniagaan/syarikat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan (jika tiada SSM)
  • Memiliki rekod kewangan yang dikemas kini bagi perniagaan/syarikat yang telah beroperasi
  • Perniagaan patuh syariah
  • Rekod kredit baik dengan semua institusi kewangan berkait
  • Memenuhi syarat dokumentasi yang ditetapkan semasa permohonan dan pengeluaran dana pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Modal kerja
  • Mesin dan peralatan
  • Ubah suai premis perniagaan

Cara Memohon

  • Permohonan pembiayaan melalui e-mohon di portal rasmi PUNB
Lembaran Pernyataan Pengiraan Pembiayaan Risalah Pembiayaan

Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat