PROSPER SAFE (Sustainable Assistance for Flood and Environment Disaster) merupakan inisiatif pembiayaan pemulihan khusus untuk perniagaan Rakan Usahawan PUNB yang terjejas akibat banjir atau bencana alam.

Jumlah Pembiayaan

  • Pembiayaan sehingga RM350 ribu

Kadar Keuntungan

  • 2% setahun pada kadar rata

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 5 tahun (termasuk 6 bulan penangguhan bayaran ke atas prinsipal sahaja)

Syarat Kelayakan

  • Telah menjadi Rakan Usahawan PUNB
  • Hanya pemilik utama perniagaan/syarikat yang layak memohon
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh bencana
  • Memenuhi syarat-syarat rekod kredit PUNB
  • Memenuhi syarat dokumentasi yang ditetapkan semasa permohonan dan pengeluaran dana pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Stok
  • Mesin dan peralatan
  • Perbelanjaan operasi (maksimum 3 bulan)
  • Kos pengubahsuaian premis terjejas atau kos pertukaran lokasi perniagaan ke kawasan berisiko rendah

Cara Memohon

  • Perlu mendapatkan No. ID daripada Pegawai Pemantau untuk memohon pembiayaan melalui e-mohon di portal rasmi PUNB
  • Keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Pemantau akaun anda atau Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862
Lembaran Pernyataan Pengiraan Pembiayaan Risalah Pembiayaan

Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat