SPEED (Small PROSPER Express Evaluation & Disbursement) merupakan pakej pembiayaan berskala kecil dengan proses penilaian dan pengeluaran dana pembiayaan yang dipermudahkan.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan berjangka dari RM100 ribu sehingga RM200 ribu

  • Entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 7 tahun

Kadar Keuntungan

  • 5% setahun pada kadar rata

Syarat Kelayakan

  • Perniagaan 100% milik bumiputera
  • Perniagaan telah beroperasi 18 bulan dan ke atas dengan nilai jualan tahunan tidak kurang daripada RM300 ribu. Pengecualian bagi bidang pendidikan berkonsep, profesional dan stesen minyak
  • Perniagaan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan (jika tiada SSM)
  • Memiliki rekod kewangan yang dikemas kini bagi perniagaan yang telah beroperasi
  • Perniagaan patuh syariah
  • Rekod kredit baik dengan semua institusi kewangan berkait
  • Memenuhi syarat dokumentasi yang ditetapkan semasa permohonan dan pengeluaran dana pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Modal kerja

Cara Memohon

Permohonan pembiayaan melalui e-mohon di portal rasmi PUNB

Lembaran Pernyataan Pengiraan Pembiayaan Risalah Pembiayaan

Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat