Pakej pembiayaan tambahan untuk Rakan Usahawan PUNB bagi membiayai modal kerja untuk kontrak yang diterima daripada organisasi/syarikat/agensi yang bereputasi seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Syarikat Multinasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Badan Berkanun.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM5 juta

  • Permohonan terbuka kepada semua entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan
  • Entiti milikan tunggal dan perkongsian yang memohon pembiayaan RM300 ribu dan ke bawah boleh mengekalkan entiti sedia ada. Untuk permohonan melebihi RM300 ribu, entiti perlu diperbadankan sekiranya permohonan diluluskan

Kadar Keuntungan

  • Sehingga 6.5% setahun pada kadar asas baki harian

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 5 tahun

Syarat Kelayakan

  • Telah menjadi Rakan Usahawan PUNB
  • Memenuhi syarat-syarat rekod kredit yang baik dengan PUNB dan lain-lain institusi kewangan
  • Mendapat surat tawaran/surat lantikan dari organisasi/syarikat/agensi yang diiktiraf oleh PUNB
  • Tawaran kontrak kerja patuh syariah
  • Tawaran kontrak mestilah di bawah sektor yang dibiaya oleh PUNB
  • Memenuhi syarat dokumentasi yang ditetapkan semasa permohonan dan pengeluaran dana pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Modal kerja maksimum sehingga 90% daripada setiap nilai projek

Cara Memohon

  • Perlu mendapatkan No. ID daripada Pegawai Pemantau untuk memohon pembiayaan melalui e-mohon di portal rasmi PUNB
  • Keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Pemantau akaun anda atau Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862
Lembaran Pernyataan Pengiraan Pembiayaan Risalah Pembiayaan

Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat