Budaya
berniaga sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini. Malah,
jika dilihat, semakin ramai khususnya golongan belia yang memilih bidang
keusahawanan sebagai kerjaya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti tidak
mahu hanya bergantung kepada ‘makan gaji’ selain ingin memiliki kebebasan dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan.
Namun,
ingin memulakan sesebuah perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Berniaga bukan
setakat jual beli barangan sahaja sebaliknya melibatkan banyak proses dan
langkah-langkah yang perlu diambil kira.
Bagi
belia yang berminat untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih kurang
keyakinan, JUMPER PUNB boleh membantu anda!
Apa itu JUMPER PUNB?
JUMPER
merupakan sebuah program latihan keusahawanan bagi golongan belia yang ingin
mendapatkan ilmu pengetahuan tentang perniagaan. JUMPER PUNB terbahagi kepada
dua iaitu JUMPER Start Up dan JUMPER 2.0.
JUMPER Start Up
Anda
merupakan siswazah muda Bumiputera? Berminat untuk menjadi seorang usahawan?
JUMPER
Start Up sememangnya terbaik untuk anda!
Program
keusahawanan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan ini memberi peluang
kepada anda untuk mempelajari selok-belok menguruskan perniagaan daripada
seorang mentor (Rakan Usahawan PUNB & syarikat lantikan PUNB) selain dapat
menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.
Istimewanya
program ini, anda turut menerima elaun sara diri setiap bulan serta berpeluang
mendapatkan geran berjumlah RM10,000 dan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000*
setelah tamat latihan.
Program
ini secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda serta
sebagai persediaan awal dalam perjalanan anda bergelar seorang usahawan nanti.
JUMPER 2.0
Anda
sudah memiliki perniagaan? Mencari platform pengetahuan tentang perniagaan?
JUMPER
2.0 adalah penyelesaiannya!
Program
latihan ini mensasarkan kepada usahawan muda Bumiputera yang berminat untuk
mendapatkan pendedahan, kefahaman dan pengetahuan dengan lebih lagi bagi
mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
Melalui
modul-modul latihan berkesan yang dirangka pasti dapat memberi peluang kepada
anda untuk mempelajari dan menguruskan perniagaan dengan lebih sistematik serta
berpeluang menjalin jaringan perniagaan dengan para usahawan dan agensi
perniagaan terpilih. Malah, anda juga layak untuk memohon pembiayaan PUNB
minimum RM100,000* setelah tamat latihan.
Apa
yang perlu dilakukan hanyalah menghantar Rancangan Perniagaan anda kepada PUNB.
Yang paling menarik… penyertaan kedua-dua program JUMPER ini adalah PERCUMA!
Untuk
maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon dan sebagainya, anda
boleh layari www.punb.com.my
atau emel kepada jumper@punb.com.my sekarang!
Sekiranya
ada sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di 1300
13 7862.
Jadi,
tunggu apa lagi! Mari bina kerjaya keusahawanan anda bersama JUMPER PUNB.