YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi PUNB berbesar hati menyantuni jemputan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, HEM, Nilam dan PPKI pada Sabtu, 14 Disember 2024.

Ketokohan beliau sebagai Pengerusi PUNB dan juga mantan Ketua Polis Negara dengan pengalaman luas dalam kepimpinan, menjadi inspirasi kepada warga SMK Taman Melawati.
Pihak sekolah berbesar hati menjemput beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para pelajar.
Ketibaan beliau disambut YBrs. Tuan Jagdave Singh A/L Avtar Singh, Pengetua Cemerlang SMK Taman Melawati; YBhg. Dato’ Mohd Yusoff Abdullah, Naib Yang di-Pertua PIBG SMK Taman Melawati; YBhg. Datuk Adham Malekk Muhaiddin, Pengerusi Persatuan Alumni SMK Taman Melawati; guru-guru dan PIBG sekolah.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan SMK Taman Melawati atas penganjuran majlis yang gemilang ini. Semoga kecemerlangan ini berterusan!
