Tan Sri Noh bin Haji Omar

Ekoran penularan pandemik COVID-19, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR). Ia bertujuan untuk membantu individu Bumiputera menceburi bidang perniagaan.

Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi PUNB telah diadakan pada 1 Mei 2021 bertempat di Sungai Terap, Tanjung Karang, Selangor. Sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal turut disampaikan oleh Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar.

Jelas beliau, sumbangan yang diberikan bukan sahaja daripada PUNB, malah daripada tokoh korporat dan juga yayasan. Majoriti penerima ini terdiri daripada golongan B40 yang dipilih secara adil dan saksama.

Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh Omar merasmikan Majlis Perasmian Dan Penutup Bengkel Pembangunan Usahawan & Mesyuarat Agung Bil 7/2021 Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Negeri Selangor pada 10 April 2021 bertempat di Platinum Ballroom, Novotel Kuala Lumpur City Centre.

“PUNB turut mengambil inisiatif menawarkan bantuan pembiayaan khas minimum RM50,000 kepada mereka yang diberhentikan termasuk golongan ibu tunggal susulan penularan pandemik COVID-19,” Noh Omar.

Sesi Dialog Khas Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh Haji Omar Bersama Mentor Program JUMPER PUNB ini adalah bertujuan bagi mendapatkan input selain berkongsi pandangan, idea dan kritikan untuk memantapkan program ini di masa akan datang. Sesi dialog ini telah diadakan pada 31 Mac 2021 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Ketibaan YB Tan Sri di perkarangan lobi hotel.
YB Tan Sri bergambar kenangan bersama para mentor yang hadir di sesi dialog tersebut.

Tujuan Sesi Dialog Khas Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh Haji Omar Bersama Alumni & Pelatih JUMPER diadakan adalah bagi mengupas dan mencari idea-idea terbaik untuk memantapkan lagi program ini. Selain itu, sesi sebegini diharap mampu melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera JUMPER yang berdaya maju. Sesi ini telah diadakan pada 30 Mac 2021 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Ketibaan YB Tan Sri ke Sesi Dialog Khas.
Salah seorang alumni memberi pandangan ketika sesi dialog berlangsung.
Antara alumni dan pelatih JUMPER yang hadir.

Kunjungan hormat Pengerusi PUNB, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar bersama pihak pengurusan PUNB kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pada 10 Ogos 2020 yang bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat.

Agenda yang telah dibincangkan merangkumi bantuan sokongan bagi meningkatkan keusahawanan Bumiputera dari aspek pembiayaan, kemahiran, latihan & pembangunan usahawan serta mengenalpasti industri strategik untuk ditembusi.

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?