usahawan

“Jika Bukan Kita yang Meneruskan Legasi Keluarga, Siapa Lagi?”

“Itulah kata-kata yang menjadi semangat utama di sebalik kejayaan seorang usahawan yang kini menerajui perniagaan dodol warisan keluarganya.”

“Segalanya bermula secara tidak rasmi. Saya hanya membantu secara sambilan kerana ketika itu masih menetap di Negeri Sembilan. Tugas saya hanyalah di belakang tabir – menguruskan gaji pekerja dan membantu dari segi pentadbiran. Namun, pada 2018, segalanya berubah apabila ibu saya, Puan Ramiah, meminta saya untuk terlibat sepenuhnya dalam perniagaan keluarga bersama abang saya,” jelas Puan Siti Noramay ketika memulakan bicara.

Dari Terpaksa Menjadi Cinta

Pada mulanya, beliau mengakui seolah-olah dipaksa untuk terlibat dalam bidang perniagaan. Namun, semakin lama beliau bergiat secara serius, timbul kesedaran bahawa jika bukan dirinya yang meneruskan perniagaan ini, siapa lagi? Dari situlah hadir semangat untuk membawa legasi keluarga ini ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi Puan Siti Noramay, kejayaan dalam bidang keusahawanan banyak bergantung kepada disiplin. Disiplin yang kuat mampu membentuk organisasi yang tersusun serta mencipta budaya kerja yang positif. Seorang usahawan juga perlu cekap menyelesaikan masalah, berani membuat keputusan pantas, dan tidak mudah berputus asa walaupun berdepan pelbagai ujian. Kegagalan sekali tidak bermakna gagal selamanya.

Selain itu, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi amat penting. Tidak cukup dengan semangat sahaja – seseorang usahawan perlu sentiasa belajar dan memperbaiki diri.

Cabaran dan Keunikan Produk

Antara cabaran terbesar dalam menjalankan perniagaan ialah isu modal dan ketidaktentuan struktur harga pasaran. Hal ini lebih mencabar dalam industri makanan tradisional seperti dodol, khususnya di Melaka – negeri yang memang sinonim dengan makanan warisan tersebut.

“Apa yang membezakan kami daripada pengusaha dodol lain ialah rasa dan kualiti. Kami amat menitikberatkan penggunaan bahan-bahan berkualiti serta proses pembuatan yang teliti. Walaupun harga kami sedikit tinggi, kami percaya pelanggan masa kini lebih bijak menilai – mereka mencari nilai dan rasa yang berbaloi,” ujar beliau.

Meluaskan Sayap ke Pasaran Antarabangsa

Kini, SB Ramlah Food Enterprise sedang merancang untuk membawa jenama ini ke pasaran antarabangsa. Sebelum ini, produk mereka telah menembusi pasaran luar negara melalui ejen OEM yang menggunakan jenama ejen tersebut.

“Impian kami kini adalah untuk membawa jenama SB Ramlah Food Enterprise sendiri ke peringkat global, agar dikenali sebagai jenama dodol berkualiti dari Malaysia,” tutur Noramay lagi.

Harapan dan Nasihat kepada Generasi Muda

Harapan Noramay ialah agar perniagaan ini terus berkembang dan kekal sebagai legasi keluarga hingga ke generasi seterusnya. Beliau juga berharap SB Ramlah Food Enterprise dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya kepada penduduk kampung dan suri rumah, agar mereka dapat menambah pendapatan keluarga.

“Kepada para belia dan bakal usahawan, jangan takut untuk mencuba. Keusahawanan bukan jalan mudah – akan ada jatuh dan bangun. Namun, setiap kegagalan adalah pelajaran, dan setiap cubaan ialah langkah menuju kejayaan. Jadikan cabaran sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi,” akhiri Noramay dengan penuh semangat.

Handling stress in business is crucial for maintaining productivity, making effective decisions, and maintaining your overall well-being. Let’s find out some strategies to help you manage stress:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PUNB telah turut serta dalam program Seminar Tahunan Penjaja anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertemakan “E-Dagang: Menerobos Batasan, Mencipta Peluang” pada 1 & 2 Oktober 2025 di Lobi Menara DBKL 1.
Penyertaan ini membuka ruang untuk memperkenalkan pelbagai program pembiayaan dan bimbingan keusahawanan yang ditawarkan oleh PUNB kepada peserta dalam kalangan penjaja berlesen di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi meningkatkan daya saing dalam dunia digital.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah ke reruai PUNB dan menunjukkan minat terhadap peluang pembiayaan yang ditawarkan.
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menganjurkan Program Pengurusan Efektif Aliran Tunai Bisnes pada 29 dan 30 September 2025 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka, dengan bimbingan fasilitator Encik Saharudin serta penyertaan seramai 31 orang peserta.
Program ini bertujuan membantu peserta menguasai pemahaman asas kitaran aliran tunai bisnes untuk dimanfaatkan dalam pengurusan operasi masing-masing. Peserta turut didedahkan dengan kefahaman mengenai pergerakan aliran tunai dalam tiga kumpulan aktiviti utama iaitu Aktiviti Operasi, Aktiviti Pembiayaan dan Aktiviti Pelaburan.
Selain itu, peserta dibimbing untuk merancang strategi mengurangkan kebocoran tunai, memahami ideologi penyimpanan tunai (‘Cash Reserve’) termasuk kebaikan, kelebihan dan salah faham yang sering berlaku, serta memanfaatkan penggunaan templat asas Microsoft Excel bagi memantau aliran tunai, merancang dan membuat unjuran kewangan yang lebih berkesan.
Program Jerayawara Negeri Pahang 2025 telah diadakan pada 30 September 2025 di Pejabat PUNB Cawangan Pahang. Program ini bertujuan memberi penerangan komprehensif kepada usahawan mengenai kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), termasuk tatacara serta proses permohonan.
Di samping itu, program ini turut menjadi platform bimbingan kepada usahawan bagi memanfaatkan peluang sokongan kewangan yang tersedia, sekali gus membantu mereka memperkukuh perniagaan serta meningkatkan daya saing. Penganjuran ini diharapkan dapat memberi manfaat yang berterusan kepada usahawan tempatan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Dalam dunia perniagaan yang penuh cabaran, kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata. Ia menuntut ketekunan, kreativiti, semangat juang yang tinggi serta komitmen berterusan untuk terus maju walau diuji. Tidak hairanlah dunia keusahawanan kini semakin menarik minat ramai, khususnya golongan muda yang ingin mencipta masa depan dengan usaha sendiri.

Bagi tiga usahawan yang kami temui, perjalanan mereka bukan sahaja dipenuhi jatuh bangun, malah turut sarat dengan pelajaran berharga — daripada kegagalan pertama, hinggalah berjaya membina jenama sendiri. Dalam artikel ini, mereka berkongsi tip berguna untuk anda yang sedang mempertimbangkan langkah pertama dalam perniagaan. Apa kata mereka?

“Menjadi seorang usahawan bukan hanya bergantung kepada idea perniagaan semata-mata, tetapi lebih kepada siapa kita sebagai individu. Antara kriteria paling penting yang perlu ada dalam diri setiap usahawan ialah disiplin. Disiplin yang tinggi akan membentuk satu struktur kerja yang teratur, membina budaya organisasi yang positif dan menjadikan seseorang itu konsisten dalam melaksanakan tanggungjawab harian. Tanpa disiplin, sukar untuk mencapai matlamat jangka panjang kerana setiap kejayaan memerlukan usaha yang berterusan.

Selain itu, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cepat juga merupakan satu kelebihan penting dalam dunia keusahawanan. Realitinya, dunia perniagaan penuh dengan ketidaktentuan dan cabaran tidak dijangka. Oleh itu, keupayaan untuk berfikir secara kritikal, tenang di bawah tekanan serta bertindak dengan bijak dalam masa singkat adalah ciri yang membezakan usahawan biasa dengan usahawan luar biasa.

Seseorang usahawan juga perlu mempunyai semangat keusahawanan yang tulen – iaitu keazaman yang tinggi, minat yang mendalam terhadap bidang yang diceburi serta kesediaan untuk terus belajar dan berkembang. Kegagalan adalah sebahagian daripada perjalanan. Namun begitu, usahawan sejati tidak melihat kegagalan sebagai penamat, tetapi sebagai pelajaran berharga. Seperti kata pepatah, “Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.” Apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit selepas jatuh.”

Siti Noramay bt Ayob, Pengurus SB Ramlah Food Enterprise

 

Keusahawanan bukan sekadar menjual produk atau menjalankan perniagaan semata-mata — ia adalah satu perjalanan membina impian dengan usaha dan semangat yang tidak pernah luntur. Bagi belia yang berminat menjadi usahawan, ingatlah bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan komitmen tinggi, konsistensi dalam tindakan dan kesanggupan untuk terus belajar walaupun berdepan kegagalan.

Dalam dunia perniagaan, perancangan kewangan yang baik sangat penting sebagai persediaan menghadapi masa-masa mencabar. Jangan mudah putus asa apabila berdepan cabaran — setiap ujian adalah peluang untuk menjadi lebih kuat dan lebih bijak dalam membuat keputusan.

Mengapa saya memilih keusahawanan sebagai kerjaya? Kerana ia memberi saya kebebasan untuk bekerja mengikut masa sendiri, serta ruang untuk mengembangkan potensi dan kreativiti tanpa batas. Namun, untuk berjaya dalam bidang ini, seseorang usahawan perlu memiliki pandangan jauh ke hadapan, disiplin diri yang tinggi, serta semangat dan minat yang mendalam terhadap produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan.

Percayalah, dengan tekad yang kuat dan langkah yang konsisten, setiap orang mampu mencipta kejayaan mereka sendiri dalam dunia keusahawanan.”

Hamimi Hilmi bin Abdul Manan, Pengurus Jualan H&I Home Trading

“Bagi belia yang bercita-cita untuk bergelar usahawan, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian agar perjalanan keusahawanan lebih terarah dan berkesan. Pertama sekali, bekerja keras dan terus menuntut ilmu adalah asas utama dalam membina perniagaan yang berjaya. Dunia perniagaan sentiasa berubah dan berkembang, oleh itu pengetahuan yang luas dan kemahiran yang terkini amat diperlukan untuk menghadapi cabaran serta memanfaatkan peluang yang ada.

Selain itu, mencari mentor dan rakan strategik yang berpengaruh adalah langkah bijak untuk memperkukuh jaringan sokongan dan mendapatkan panduan berharga. Seorang mentor yang berpengalaman mampu membantu mengelakkan kesilapan yang tidak perlu dan memberikan perspektif yang lebih luas mengenai selok-belok dunia perniagaan. Rakan strategik pula boleh membuka peluang kolaborasi dan memperluas jangkauan pasaran anda.

Di samping itu, pemanfaatan teknologi maklumat sebagai penggerak utama dalam perniagaan adalah suatu keperluan mutlak pada era digital kini. Teknologi bukan sahaja memudahkan urusan operasi, tetapi juga mempercepatkan proses pemasaran dan meningkatkan capaian kepada pelanggan yang lebih luas. Usahawan yang bijak memanfaatkan teknologi akan memiliki kelebihan daya saing yang signifikan.

Kesimpulannya, perjalanan keusahawanan bukanlah sesuatu yang mudah, namun dengan ketekunan, semangat belajar dan sokongan yang tepat, setiap cabaran mampu diatasi. Seperti kata pepatah, “Keberanian untuk bermula adalah kunci kejayaan.” Jadi, mulakan langkah anda hari ini dengan penuh yakin dan komitmen.”

Puan Mazura Abdul Aziz, Pengarah Zumail Global Sdn Bhd

 

 

Pada hari Rabu, 24 September 2025, Pejabat Wilayah Utara telah menganjurkan Sesi Jaringan Usahawan PUNB Pulau Pinang bertempat di Dewan Pejabat Wilayah Utara Pulau Pinang. Sesi Jaringan Usahawan yang dianjurkan buat kali ke 3 ini disertai oleh 28 Rakan Usahawan Pulau Pinang, wargakerja PUNB Pejabat Wilayah Utara dan wakil daripada PERKESO Negeri Pulau Pinang yang dijemput khas untuk memberikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan PERKESO kepada Rakan Usahawan PUNB.
Sesi taklimat ini memberikan peluang kepada Rakan Usahawan sebagai majikan untuk menerima maklumat secara terus daripada pihak PERKESO berkenaan keperluan dan manfaat mecarum kepada majikan dan juga pekerja. Di samping itu, para Rakan Usahawan juga dapat merapatkan ukhuwah dan meluaskan jaringan kerjasama antara Rakan Usahawan PUNB Pulau Pinang dan warga kerja Pejabat Wilayah Utara.
Majlis Perasmian Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025 telah berlangsung hari ini dengan jayanya di MITEC, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, yang menekankan kepentingan industri halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin, turut hadir sebagai tanda sokongan kepada inisiatif yang memperkukuh ekosistem halal dan keusahawanan negara.
Sebagai agensi pembangunan usahawan, PUNB mengambil bahagian dalam pameran berprestij ini bagi memperkenalkan produk serta jenama usahawan bimbingan PUNB kepada pasaran global.
Esok hari terakhir! Jom kunjungi reruai PUNB bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pembiayaan, bimbingan, serta rangkaian sokongan yang ditawarkan oleh PUNB kepada para usahawan.

Keusahawanan merupakan antara pemangkin utama dalam pembangunan ekonomi negara. Melalui usaha gigih usahawan, pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan, sumber ekonomi dapat diperkaya, dan identiti budaya dapat dikekalkan. Di Malaysia, bidang keusahawanan tidak terhad kepada satu jenis produk sahaja, malah meliputi pelbagai sektor sama ada berasaskan bahan tempatan mahupun import. Artikel ini akan membincangkan perbandingan antara dua jenis usahawan, iaitu usahawan dodol di Melaka yang menggunakan keluaran tempatan dan usahawan karpet di Negeri Sembilan yang bergantung kepada barang import.

Usahawan Dodol di Melaka

Dodol merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu yang terkenal, khususnya di negeri Melaka. Usahawan dodol biasanya menggunakan bahan-bahan tempatan seperti santan kelapa, gula melaka, dan tepung pulut.

Kelebihan utama usahawan dodol ialah penggunaan bahan tempatan yang secara langsung menggalakkan pertanian dalam negara. Produk ini juga mempunyai nilai budaya yang tinggi kerana ia melambangkan identiti warisan masyarakat Melayu dan berpotensi menjadi tarikan pelancongan. Dari sudut kos, usahawan dodol tidak terlalu terjejas oleh faktor luaran seperti kadar pertukaran mata wang kerana bahan mentah diperoleh dari dalam negara.

Namun begitu, terdapat juga beberapa cabaran yang perlu dihadapi. Antaranya ialah persaingan dengan makanan moden yang lebih cepat dan mudah disediakan, pasaran yang agak terhad jika produk tidak dipelbagaikan, serta cabaran dalam mengekalkan kualiti agar tahan lama untuk dipasarkan secara lebih meluas termasuk ke peringkat antarabangsa.

Usahawan Karpet di Negeri Sembilan

Berbeza dengan dodol, perniagaan karpet di Negeri Sembilan banyak bergantung pada produk import dari negara-negara seperti Turki, Pakistan, dan Iran. Karpet dari luar negara sering mendapat sambutan kerana corak yang unik, kualiti tinggi, dan nilai eksklusif.

Antara kelebihan utama usahawan karpet ialah kemampuan untuk menawarkan produk premium yang mampu menarik golongan pelanggan berpendapatan sederhana hingga tinggi. Selain itu, karpet import juga mempunyai pelbagai pilihan reka bentuk dan bahan, sekali gus menjadikan perniagaan ini lebih menarik dari segi kepelbagaian produk.

Namun, kebergantungan pada import menjadikan usahawan karpet terdedah kepada pelbagai risiko. Antaranya ialah kenaikan harga akibat kadar tukaran mata wang asing, kos penghantaran yang tinggi, serta persaingan sengit daripada peniaga lain yang mengimport dari negara sama.

Kedua-dua usahawan dodol di Melaka dan usahawan karpet di Negeri Sembilan mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Dari segi asal produk, dodol berasaskan sumber tempatan manakala karpet bergantung pada import. Dari segi sumbangan ekonomi, dodol lebih menyokong industri pertanian dan pembangunan desa, manakala karpet pula menyumbang kepada pasaran global serta membuka peluang perniagaan berorientasikan eksklusif.

Selain itu, dodol membawa identiti budaya Melayu yang kuat dan menjadi simbol warisan negara, manakala karpet pula menonjolkan budaya antarabangsa yang bersifat mewah. Dari sudut pasaran, dodol lebih sesuai untuk pasaran tempatan dan pelancong, manakala karpet pula menarik minat pelanggan berstatus tinggi serta mereka yang mementingkan gaya hidup moden.

Secara keseluruhannya, kedua-dua jenis usahawan ini memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi negara. Usahawan dodol di Melaka membantu mengekalkan warisan budaya dan mengukuhkan sektor pertanian tempatan, manakala usahawan karpet di Negeri Sembilan pula membawa nilai global melalui produk import yang berkualiti tinggi. Kejayaan Malaysia dalam bidang keusahawanan dapat dicapai dengan adanya keseimbangan antara pengukuhan identiti tempatan dan penerimaan produk antarabangsa.

 

Akaun dalam perniagaan adalah elemen yang sangat penting dan strategik untuk mengurus dan memantau kewangan perniagaan anda. Ia melibatkan proses merekod, menganalisis dan menginterpretasikan data kewangan untuk membuat keputusan yang berdasarkan fakta. Berikut adalah beberapa alasan mengapa akaun dalam perniagaan sangat penting:

ASPEK ALASAN
Pengurusan Kewangan Akaun membantu anda mengurus kewangan perniagaan dengan baik. Anda dapat mengesan aliran wang masuk dan keluar, menguruskan bayaran kepada pembekal, gaji pekerja dan perbelanjaan lain. Melalui akaun, anda dapat membuat bajet, memantau perbelanjaan dan mengenal pasti trend dan corak dalam kewangan perniagaan anda.
Pemantauan Prestasi Perniagaan Dengan meneliti akaun, anda dapat menilai prestasi perniagaan secara objektif. Anda boleh melihat pendapatan, keuntungan dan margin keuntungan yang diperoleh. Dengan mengkaji akaun, anda dapat mengenal pasti aspek perniagaan yang berjaya atau yang perlu diperbaiki. Data akaun yang tepat juga membolehkan anda membuat ramalan dan merancang strategi untuk pertumbuhan dan kejayaan perniagaan di masa depan.  
Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan Mematuhi undang-undang kewangan dan peraturan adalah penting dalam perniagaan. Melalui akaun yang tepat, anda dapat memastikan bahawa semua transaksi perniagaan diuruskan dengan betul dan mengikut garis panduan undang-undang. Ini termasuk pematuhan cukai, laporan kewangan dan pematuhan undang-undang kewangan lain yang berhubungan dengan perniagaan anda.
Pengambilan Keputusan yang Berasaskan Fakta Akaun menyediakan data dan maklumat yang berkualiti untuk membuat keputusan perniagaan yang berdasarkan fakta. Anda dapat melihat prestasi produk atau perkhidmatan tertentu, mengenal pasti kos yang berlebihan dan mengukur keberkesanan strategi pemasaran dan pengurusan. Dengan maklumat akaun yang tepat, anda dapat mengambil keputusan yang berasaskan data dan menjadikan perniagaan anda lebih berdaya saing di pasaran.
Meningkatkan Kebolehpercayaan Perniagaan Akaun yang telus dan tepat membantu meningkatkan kebolehpercayaan perniagaan anda di kalangan pelanggan, pembekal, dan pihak berkepentingan lain. Akaun yang tersusun dengan baik menunjukkan profesionalisme dan tanggungjawab dalam pengurusan kewangan perniagaan. Ia juga memberi keyakinan kepada pihak luar bahawa perniagaan anda adalah konsisten dan boleh dipercayai.

Jelaslah bahawa akaun dalam perniagaan merupakan aspek penting yang tidak boleh diabaikan. Ia memberikan anda pandangan menyeluruh tentang kewangan perniagaan anda, membantu dalam pengurusan kewangan, membuat keputusan yang tepat dan meningkatkan kepercayaan dalam perniagaan anda. Adalah penting untuk mendapatkan bantuan dari pakar kewangan atau akaun yang mahir dalam menyusun dan menguruskan akaun perniagaan anda dengan baik.

Jom, ikuti pandangan daripada usahawan dan pakar perniagaan di Malaysia mengenai kepentingan akaun dalam perniagaan!

USAHAWAN MALAYSIA

  • Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan CEO AirAsia, menjelaskan pentingnya akaun dalam memastikan kestabilan kewangan perniagaan. Beliau berpendapat bahawa akaun adalah alat yang penting untuk memantau pendapatan, perbelanjaan, dan keuntungan perniagaan. Tan Sri Tony Fernandes juga menekankan pentingnya membuat keputusan berdasarkan data kewangan yang tepat.
  • Dato’ Seri Dr. Vijay Eswaran, pengasas QI Group, menyatakan bahawa akaun adalah nadi perniagaan yang memainkan peranan utama dalam menjaga keseimbangan kewangan. Menurut beliau, akaun membantu pemilik perniagaan memahami aspek-aspek penting seperti aliran tunai, margin keuntungan, dan pertumbuhan perniagaan. Beliau menekankan pentingnya memiliki akaun yang baik untuk menghindari risiko kewangan yang tidak terduga.
  • Fazlur Rahman Ebrahim, pengasas Teh Tarik Place, menyatakan bahawa akaun adalah bahasa perniagaan yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan cerita kewangan perniagaan. Menurut beliau, akaun membantu pemilik perniagaan untuk memahami prestasi kewangan perniagaan dan melibatkan mereka dalam proses pengambilan keputusan yang berdasarkan data kewangan yang tepat.

PAKAR PERNIAGAAN MALAYSIA

  • Dr. Haim Hilman Abdullah, seorang pakar pemasaran di Malaysia, berpendapat bahawa akaun merupakan alat penting yang membantu pemilik perniagaan dalam perencanaan kewangan dan membuat keputusan strategik. Beliau menyatakan bahawa akaun memberikan pemahaman yang lebih baik tentang kesihatan kewangan perniagaan, serta membantu pemilik perniagaan mengukur prestasi dan mengidentifikasi peluang dan ancaman yang mungkin terjadi.
  • Dr. Mohd Ariff bin Mohd. Daud, seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah, menyatakan pentingnya akaun dalam membantu pemilik perniagaan memperoleh pembiayaan dari pihak luar, seperti bank atau pelabur. Menurut beliau, akaun yang lengkap dan tepat dapat memberikan keyakinan kepada pihak luar bahawa perniagaan memiliki rekod kewangan yang baik dan dapat dipercayai.
  • Dr. Noor Azizi Ismail, seorang pakar perniagaan dan keusahawanan di Malaysia, menekankan bahawa akaun adalah alat yang penting dalam memantau dan mengurus kewangan perniagaan. Menurut beliau, akaun membantu pemilik perniagaan untuk mengenal pasti trend dan perubahan dalam kewangan, serta mengambil tindakan yang tepat untuk mengatasi cabaran dan memanfaatkan peluang yang datang.
Read Policy

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?