PETRONAS Auto Expert merupakan kerjasama PUNB dengan PETRONAS Lubricant Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PETRONAS) dalam usaha untuk membantu usahawan lantikan PETRONAS mengembangkan perniagaan bengkel kereta di bawah jenama PETRONAS Auto Expert. Melalui program ini, PETRONAS akan menyediakan latihan, promosi, dana pembangunan dan peralatan perniagaan kepada usahawan.
Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat
Lubrex Booster Program merupakan program kerjasama PUNB dengan Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd (PDMSB) untuk mengembangkan perniagaan pengedar minyak Lubrex yang bernaung di bawah PDMSB. Melalui program ini PUNB akan menawarkan pembiayaan kepada usahawan yang telah dilantik oleh PDMSB sebagai pengedar minyak berjenama Lubrex. Pihak PDMSB pula menawarkan khidmat pemantauan imej korporat premis dan perniagaan, latihan dan khidmat nasihat keusahawanan.
Pembiayaan tertakluk kepada terma & syarat
Halaman 1 dari 3