CSRPUNB

Hari terakhir, 12 September 2025, menyaksikan penutup Program Tanggungjawab Sosial Korporat “Let’s Give Back @ Kuala Tahan 2025” dengan lawatan ke Kampung Orang Asli Sungai Mai, yang juga merupakan Kampung Angkat PUNB sempena inisiatif Santuni MADANI.Turut hadir memeriahkan program; En. Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB serta Warga kerja PUNB.
Pada hari penutup ini, penyerahan bakul makanan dan sumbangan kasut kepada golongan memerlukan dan asnaf di Kampung Orang Asli Sungai Mai telah dilaksanakan, di samping lawatan ke gerai kayu lipat tajaan PUNB sebagai simbol sokongan kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Pada 11 September 2025, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dengan kerjasama Pegawai Kelestarian meneruskan program di sekitar Taman Negara Kuala Tahan dengan menyantuni komuniti Orang Asli.
Majlis turut dihadiri oleh En. Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB serta wakil warga kerja PUNB.
Aktiviti hari ketiga melibatkan agihan bakul makanan kepada golongan memerlukan dan asnaf di Kampung Orang Asli Yong, Kampung Orang Asli Tersik, Kampung Orang Asli Dedari, Kampung Orang Asli Aur dan Kampung Orang Asli Tabong serta Kampung Orang Asli Sg Tiang yang memberi manfaat terus kepada penduduk setempat.
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dengan kerjasama Pegawai Kelestarian telah memulakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Let’s Give Back @ Kuala Tahan 2025” pada 9 September 2025, bertempat di Sekolah Kebangsaan Pasir Durian, Jerantut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, mantan Pengerusi PUNB; En. Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; En. Yahaya bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Pasir Durian; Pn. Zakiah bt Mohammad, Guru Besar SK Merting; Pn. Norliza bt Ismail, Guru Besar SK Cebung; wakil PPD Jerantut; warga kerja PUNB; Yang Dipertua PIBG; serta barisan guru SK Pasir Durian.
Pada hari pertama, program dimulakan dengan penyerahan sumbangan PIBG kepada tiga buah sekolah iaitu SK Cebung, SK Merting dan SK Pasir Durian, selain agihan bakul makanan kepada golongan memerlukan dan asnaf di Kampung Pasir Durian, yang memberi manfaat langsung kepada para pelajar dan komuniti setempat. Program ini berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 September 2025, melibatkan penyerahan sumbangan kepada 10 buah sekolah, 3 kampung tradisional Melayu dan 8 kampung Masyarakat Orang Asli.
Secara keseluruhan, lebih 1,000 pelajar dan penduduk bakal menerima manfaat melalui bantuan pendidikan, agihan bakul makanan, bantuan selipar kepada masyarakat Orang Asli, serta pelbagai aktiviti libat urus komuniti. Inisiatif ini mencerminkan komitmen PUNB dalam memperkasa pendidikan, meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menyokong pembangunan inklusif, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 10 – Mengurangkan Ketidaksamaan).

Program Kongsi Rezeki Ramadan PUNB 2024 Siri-2 telah diadakan di Pasar Raya Besar Mydin USJ, Subang Jaya pada Rabu, 3 April 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini melibatkan seramai 17 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir cawangan USJ. Mereka dibawa membeli belah baju raya dan keperluan harian lain dengan dibantu warga kerja daripada Unit Komunikasi Korporat (C.C.U) dan Unit Shariah.

Hadir sama, Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi dan Encik Mohd Yusri Aziz, Ketua Unit Shariah.

Wajah-wajah ceria 35 anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir yang dibawa membeli belah, persiapan menyambut Aidilfitri sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan 2024 yang diadakan di Pasar Raya Besar Mydin di Subang Jaya, Khamis, 28 Mac 2024.

Program tanggungjawab sosial korporat PUNB ini turut disertai YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa. Hadir sama, Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi yang juga Pengerusi Zakat PUNB; Encik Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, ketua-ketua Jabatan dan warga kerja dari Unit Komunikasi Korporat dan Unit Shariah.

Sekitar Majlis Iftar & Penyerahan Sumbangan kepada Mahasiswa UMPSA yang telah diadakan di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, Pahang.

PUNB yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Zakat, YBrs. Encik Ahmad Sabri Ismail telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM62,500 kepada Naib Canselor UMPSA, YH. Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Sumbangan tersebut dianggarkan dapat membantu 250 orang mahasiswa yang terpilih bagi menampung kos keperluan untuk mereka memulakan semester baharu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Tertinggi UMPSA turut hadir meraikan majlis tersebut.

PUNB telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyumbangkan keperluan persekolahan kepada murid mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Cannosian Convent, Segamat pada hari ini.

Seramai 85 murid mangsa banjir telah menerima bantuan ini yang disampaikan oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB. Turut hadir adalah YB Tuan Anuar Abd Manap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis; Puan Mallar Selive, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Cannosian Convent; Encik Azham Ardin, Ketua Pejabat PUNB Wilayah Selatan dan wakil daripada pengurusan PUNB.

Antara barangan yang disumbangkan PUNB adalah alat tulis, beg sekolah, pakaian sekolah dan kasut. Sumbangan ini bagi meringankan beban ibu bapa yang terlibat dan diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terjejas.

Read Policy

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?