PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan moratorium serta pinjaman kepada 53 syarikat atau Rakan Usahawan PUNB dikenal pasti terbabit dengan banjir iaitu di Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan yang terjejas teruk bencana banjir dua minggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, inisiatif pinjaman tambahan juga akan diberikan kepada rakan usahawan tersebut untuk membeli peralatan seperti mesin dan peralatan elektrikal termasuk membaik pulih bengkel atau premis dalam tempoh pemulihan untuk membangunkan semula perniagaan mereka.

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan bantuan moratorium sehingga enam bulan bermula 1 Januari 2022 berikutan 53 syarikat Rakan Usahawan PUNB dilaporkan terjejas akibat banjir.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris, inisiatif itu dilaksanakan atas keprihatinan terhadap rakan usahawan yang terkesan dengan bencana banjir.

Satu Majlis Sesi Dialog Pengerusi PUNB bersama Usahawan Pahang telah diadakan pada 17.12.2021 bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Nazri Ngah, Pengerusi Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Pahang merangkap ADUN Pulau Tawar.Sesi dialog ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat serta membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Rakan Usahawan PUNB Pahang.

Lawatan kerja YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) ke Ibu Pejabat PUNB yang disambut oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi PUNB pada 2 Disember 2021. Turut hadir YB Tuan Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri MEDAC, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha MEDAC dan wakil dari Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan).

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sudah meluluskan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion kepada seramai 11,564 usahawan melibatkan 8,086 syarikat sejak ia ditubuhkan pada Julai 1991 sehingga Oktober 2021.

Jelas Ahmad Nazlan, PUNB bukan saja sebagai pemberi biaya tetapi juga sebagai pusat pembangunan keusahawanan yang mampu melahirkan usahawan terkemuka setanding dengan usahawan di peringkat antarabangsa.

1) Impressive Wood Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera yang membekalkan kayu getah serta menghasilkan perabot kayu.

2) Ikfa Wawasan Enterprise, menjalankan perniagaan menjual pintu daripada pelbagai jenis kayu seperti merpauh, nyatoh dan lain-lain.

3) Kristal Agro, Sulaiman & Rokiah Enterprise dan HNH Construction & Services.

“Pemberian moratorium bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 ini diharap mampu memberi manfaat kepada hampir 3,300 syarikat Rakan Usahawan PUNB dengan nilai berjumlah RM118.51 juta,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif, Izwan Zainuddin.

Tambah beliau, penambahbaikan tersebut dibuat ke atas pelaksanaan moratorium sebelum ini yang hanya melibatkan pembayaran prinsipal dan tawaran diskaun 50 peratus bagi sewa premis perniagaan.

Datuk Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Oktober 2021. Ahmad Nazlan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada 2020 hingga 2021.

Beliau menggantikan penyandang sebelum ini, Tan Sri Noh Omar yang meletakkan jawatan pada 1 September lalu berikutan pelantikannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Majlis Pelancaran Program Prestij Pembelajaran 2021 di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada hari ini.

Turut hadir bersama Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB menyampaikan sumbangan cek replika PUNB kepada Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

HNH CONSTRUCTION & SERVICES SDN BHD – Rakan Usahawan PUNB

Kecekalan dan ketabahan, kesabaran serta keyakinan adalah antara kunci kejayaan HNH Construction & Services Sdn Bhd, yang merupakan pengeluar dan pengedar alat pemadam kebakaran.

Syarikat yang terletak di Ayer Keroh, Melaka itu ditubuhkan pada 2014 oleh pengasasnya iaitu Mohd Nor bin Azmi. Seperti  perniagaan yang lain, HNH Construction & Services turut mengalami pelbagai dugaan dan cabaran sejak penubuhannya.

Pengasas HNH Construction & Services Sdn Bhd, Mohd Nor bin Azmi.

“Persaingan yang sengit dan modal pusingan terhad adalah antara cabaran yang dihadapi pada awalnya. Namun, dengan usaha, di samping sokongan dan bantuan pembiayaan daripada pihak seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Alhamdulillah, syarikat berjalan dengan baik,” kata Mohd Nor.

Jelas Mohd Nor, sebelum produk dipasarkan, syarikat perlu mendapatkan kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia(SIRIM) dan menjalani beberapa siri ujian bagi memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Setelah enam tahun ditubuhkan, HNH telah berjaya mencapai peningkatan dari aspek kegiatan dan perkembangan perniagaannya.

Pada masa yang sama, syarikat juga berusaha memasarkan alat pemadam kebakaran kepada hampir 1,500 kontraktor bomba yang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh Negara. 

Walaupun sudah maju jika dibandingkan sewaktu HNH Construction & Services mula ditubuhkan, syarikat masih perlu bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa seperti perubahan harga dan persaingan yang semakin mencabar.

Selain sibuk dengan urusan perniagaan, Mohd Nor tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan isu keselamatan bagi mereka yang memerlukan perhidmatannya.

“Kami cuba membantu sebaik mungkin melalui taklimat-taklimat yang diberikan selain bimbingan dan dorongan tentang kepentingan memiliki alat pemadam kebakaran bagi setiap kediaman sebagai langkah awal pencegahan sekiranya berlaku kebakaran di tempat masing-masing. Di samping itu, secara tidak langsung, ia memberi laluan kepada saya untuk  mempromosi produk keluaran syarikat di pasaran tempatan,” katanya.



Antara salah satu alat pemadam api mudah alih –
9KG ABC Dry Powder

Untuk masa depan, HNH dalam proses mengeluarkan produk baharu iaitu pintu rintangan api yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Selain itu mereka berharap dapat meluaskan pasaran perniagaan ke peringkat antarabangsa memandangkan pembangunan industri komersial yang kian pesat membangun kini telah mewujudkan permintaan yang besar untuk alat dan fasiliti pemadam kebakaran. 

Oleh itu, HNH sangat optimis untuk menjadi antara tiga pengeluar alat pemadam kebakaran utama di Negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang, sejajar dengan peningkatan kesedaran mengenai tahap keselamatan kebakaran.

Read Policy

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?