Pengarang: hazween

Pada 19 Disember 2024, delegasi PUNB yang diketuai oleh Encik Izwan Zainudin, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke Sarawak PETCHEM Sdn Bhd di Menara SEDC, Kuching. Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam menyediakan pembiayaan kepada vendor-vendor Bumiputera yang bernaung di bawah Sarawak PETCHEM Sdn Bhd. Kerjasama ini dijangka dapat meningkatkan penyertaan vendor Bumiputera dalam rantaian bekalan industri petrokimia di Sarawak.
Ketibaan delegasi PUNB disambut oleh Encik Abdul Razak Ali, Ketua Pegawai Kewangan; Encik Ahmad Bakhtiar Hamdan, Pegawai Undang-Undang; dan Dr. Zamira Noh, Pegawai Eksekutif Kanan, Strategi Korporat SEDC.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Izwan turut mengucapkan tahniah kepada Sarawak PETCHEM Sdn Bhd atas pencapaian pertama ‘first drop of Crude Methanol’ dalam projek Loji Metanol Sarawak dan penghantaran kargo sulungnya dari Bintulu ke China. Pencapaian ini adalah satu lonjakan signifikan dalam industri petrokimia Sarawak yang semakin berkembang.
Turut serta dalam delegasi PUNB ialah Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan; Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan; dan Puan Shariza Sapuan, Ketua Pejabat Wilayah Sarawak.
JumPER Fiesta 2024 yang berlangsung pada 17 & 18 Disember 2024 di KL Sentral telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Pengerusi PUNB, YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Turut memeriahkan majlis adalah Puan Sharifah Wahaida Lailatul Syed Hassan Sagaff, Ahli Lembaga Pengarah PUNB; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi dan Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada usahawan JumPER PUNB, para tetamu dan seluruh warga kerja PUNB yang telah menjayakan acara ini dengan penuh semangat dan dedikasi.

JumPER Fiesta merupakan sebuah platform yang memperkenalkan produk dan perkhidmatan usahawan JumPER dalam usaha membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi usahawan muda.
Semoga kejayaan program ini dapat terus dikekalkan dan menjadi pilihan usahawan dalam membina perniagaan impian mereka!
Pada 18 Disember 2024, delegasi PUNB yang diketuai oleh Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke Sarawak Metro Sdn Bhd dan Sarawak Energy Berhad. Kunjungan PUNB ke Sarawak Metro Sdn Bhd telah disambut baik oleh Encik Alexius Barieng, Pengarah, Komunikasi Korporat, Program SEED & Hubungan Bumiputera; Puan Dayang Rostylawati Awang Ehsan, Pengarah Kewangan, Pentadiran & Teknologi Maklumat; dan Puan Idayati Alek, Pengurus Kanan Program Pembangunan Peningkatan Sosio-Ekonomi.
Seterusnya, kunjungan PUNB ke Sarawak Energy Berhad telah disambut baik oleh Encik Davis Nasim, Pengurus Besar Pembangunan Vendor. Pertemuan ini bertujuan merintis peluang kerjasama dalam menyediakan pembiayaan kepada vendor-vendor Bumiputera di bawah Sarawak Metro Sdn Bhd dan Sarawak Energy Berhad. Kerjasama ini diharapkan dapat membuka peluang baharu kepada vendor-vendor Bumiputera untuk terus maju, selaras dengan komitmen bersama dalam memperkukuhkan ekonomi tempatan.
Turut sertai delegasi PUNB adalah Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Puan Azizah Ahmad, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan; Encik Khidzir Ahmad, Ketua Unit Kolaborasi & Pembangunan Usahawan; dan Puan Shariza Sapuan, Ketua Pejabat Wilayah Sarawak.
Pejabat Wilayah Tengah telah menganjurkan Sesi Jaringan Usahawan berkonsepkan pertandingan badminton dengan tema ‘Badminton Bonding Bash 2024’ di Forum SBA, Setia Alam, Selangor pada Rabu, 18 Disember 2024.
Seramai 10 #RakanUsahawanPUNB Selangor telah menyertai aktiviti ini dengan memfokuskan kepada impak sosioekonomi hasil daripada program anjuran PUNB sekaligus menyokong kepada pembangunan usahawan di bawah inisiatif Teras Strategik pelan R25.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!
Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 73 Rakan Usahawan PUNB serta usahawan Bumiputera sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bersama Pegawai PUNB dari Pejabat PUNB Wilayah Tengah Kuala Lumpur pada Selasa, 17 Disember 2024.
Sesi sembang santai ini bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini dan perkongsian pengalaman oleh Rakan Usahawan PUNB, berbincang mengenai idea baharu serta trend terkini dalam perniagaan.
Taklimat ringkas mengenai pembiayaan dan program terkini PUNB turut diadakan sebagai pengenalan kepada usahawan Bumiputera yang hadir, serta mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan PUNB daripada Rakan Usahawan PUNB. Turut hadir dalam Sesi Teh Tarik kali ini Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, serta wakil-wakil Ketua Jabatan & Unit.

Majlis Penutup Program Uni-Challenge 2024 PUNB x Unimas telah berjaya diadakan pada 13 Disember 2024 di UNIMAS Entrepreneurship Centre, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menandakan kejayaan program yang bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti.
Majlis telah disempurnakan oleh Prof Dr Ahmad Hata Rasit, Canselor UNIMAS dan Professor Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Hj Othman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UNIMAS. Turut hadir sama adalah Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi PUNB, Puan Noorhazreen Abd Ghani, Ketua Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan dan Cik Rosalina Suai, Pegawai Pejabat PUNB Wilayah Sarawak. 5 daripada 29 kumpulan terbaik telah dipilih untuk mempersembahkan idea inovatif mereka di hadapan 6 panel juri professional.
Program Uni-Challenge ini merupakan hasil kerjasama antara PUNB dan UNIMAS memberi peluang kepada para mahasiswa untuk mendalami aspek-aspek keusahawanan seperti strategi perniagaan, pembangunan komunikasi, dan aplikasi praktikal ilmu keusahawanan. Setiap idea dinilai dengan teliti berdasarkan kreativiti, potensi kebolehpasaran, dan kelayakan pelaksanaannya. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat keusahawanan tetapi juga melahirkan mahasiswa yang bersedia untuk menyumbang kepada ekosistem perniagaan dan ekonomi negara melalui jaringan kerjasama bersama Usahawan tempatan/lokal ke arah pembangunan mampan (SDG).
Tahniah kepada semua peserta atas usaha dan dedikasi yang telah ditunjukkan!
YBhg. Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengerusi PUNB berbesar hati menyantuni jemputan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, HEM, Nilam dan PPKI pada Sabtu, 14 Disember 2024.

Ketokohan beliau sebagai Pengerusi PUNB dan juga mantan Ketua Polis Negara dengan pengalaman luas dalam kepimpinan, menjadi inspirasi kepada warga SMK Taman Melawati.
Pihak sekolah berbesar hati menjemput beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para pelajar.
Ketibaan beliau disambut YBrs. Tuan Jagdave Singh A/L Avtar Singh, Pengetua Cemerlang SMK Taman Melawati; YBhg. Dato’ Mohd Yusoff Abdullah, Naib Yang di-Pertua PIBG SMK Taman Melawati; YBhg. Datuk Adham Malekk Muhaiddin, Pengerusi Persatuan Alumni SMK Taman Melawati; guru-guru dan PIBG sekolah.
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan SMK Taman Melawati atas penganjuran majlis yang gemilang ini. Semoga kecemerlangan ini berterusan!
Sesi Teh Tarik telah diadakan antara 40 Rakan Usahawan PUNB dari pelbagai industri bersama Pegawai PUNB dari Pejabat Wilayah Selatan pada Khamis, 12 Disember 2024 di Velvet Cafe JB & Event Place, Johor Bahru.
Taklimat yang ringkas lagi padat mengenai pembiayaan dan insentif PUNB telah disampaikan oleh Encik Azham Ardin Shah, Ketua Pejabat Wilayah Selatan. Para usahawan juga menggunakan peluang ini untuk berkongsi cabaran dan rancangan perniagaan mereka bagi tahun 2025.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk terus memajukan perniagaan.
Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO) mengadakan lawatan ke PERODUA Manufacturing Sdn Bhd, Rawang, Selangor pada Khamis, 12 Disember 2024.
Lawatan ini disertai YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB; Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB; Encik Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi; Ketua-Ketua Jabatan; Ketua-Ketua Unit dan warga kerja PUNB.
Turut serta, Tuan Haji Muner Hanafiah, Pengerusi Autopro ; Encik Abdul Halim Mutaref, Naib Pengerusi 1; Encik Zulkanin Jaharuddin, Naib Presiden 2 dan barisan exco Autopro.
Kehadiran rombongan disambut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, YBhg Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad yang turut menyampaikan ucapan aluan dan penerangan ringkas mengenai operasi di PERODUA Manufacturing Sdn Bhd.
Majlis Penutup Program Uni-Challenge 2024 PUNB x UPM telah berjaya diadakan pada 8 Disember 2024 di Dewan PKPP, Universiti Putra Malaysia (UPM), menandakan kejayaan program yang bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti.

Majlis telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dan Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi PUNB. Turut hadir sama adalah wakil PUNB, Puan Noorhazreen Abd Ghani, Ketua Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan dan Cik Amira Rifhan Jafri, Ketua Unit Kelestarian. Lima daripada dua belas kumpulan terbaik telah dipilih untuk mempersembahkan idea inovatif mereka di hadapan tiga panel juri professional.

Program Uni-Challenge ini merupakan hasil kerjasama antara PUNB dan UPM telah memberi peluang kepada para mahasiswa untuk mendalami aspek-aspek keusahawanan seperti strategi perniagaan, pembangunan komunikasi, dan aplikasi praktikal ilmu keusahawanan.


Setiap idea dinilai dengan teliti berdasarkan kreativiti, potensi kebolehpasaran, dan kelayakan pelaksanaannya. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat keusahawanan tetapi juga melahirkan mahasiswa yang bersedia untuk menyumbang kepada ekosistem perniagaan dan ekonomi negara.

Tahniah kepada semua peserta atas usaha dan dedikasi yang telah ditunjukkan!

We Value Your Feedback!

    Question 1

    Overall Experience:

    How would you rate your overall experience on our website?

    Question 2

    Finding Information:

    How easy was it to find the information you were looking for?

    Question 3

    Helpful Section:

    Which part of our website was the most helpful for you?

    Question 4

    Website Expectations:

    Did our website meet your expectations?

    Question 5

    Likelihood to Return:

    How likely are you to return to our website in the future?